Resepi Spaghetti Salted Egg Sedap

Perkongsian kali ini kami akan membawa anda melawat hidangan western iaitu spaghetti.

Ramai juga rakyat Malaysia yang suka makan hidangan asal Italia ini. Adakah anda antara yang suka makan spaghetti?

Namun kali ini resepi menarik yang dikongsikan oleh Herawati Basri di laman Facebook menuai perhatian ramai.

Pasalnya spaghetti resepi ini dimasak dengan spicy salted egg creamy.

Dengar macam menarik bukan? Ada creamy dan pedas telur masin dalam spaghetti anda.

Adakah anda penasaran resepinya? Jom tengok di bawah.

Bahan Spaghetti Salted Egg Resepi

  • 350 gm spaghetti/pasta | direbus
  • 300 gm dada ayam | dihiris kecil, salut tepung bestari & goreng
  • 60 gm salted egg ready mix rencah mudah
  • 3 tangkai cili Thai merah | dihiris
  • 2 ulas bawang putih | dicincang
  • 200 ml cooking cream/whipping cream/susu segar
  • 1/2 gelas stock ayam atau 1/2 gelas air rebusan pasta & 1 kiub ayam
  • Sayuran kegemaran – capsium, cendawan butang, lobak, brokoli dan lain-lain
  • 2 sdm minyak zaitun
  • 1 sdm butter
  • 1 sdm jus lemon | optional
  • 1 sdk thyme herbs/herba kegemaran
  • 1 sdk lada hitam
  • Hiasan – keju parmesan & parsley flakes

Cara Penyediaan Spaghetti Salted Egg

  1. Rebus spaghetti selama 12-15 minit sehingga lembut. Simpan air rebusan sebanyak 1/2-1 gelas.
  2. Panaskan minyak zaitun dan butter. Tumiskan bawang putih dan cili Thai sehingga wangi.
  3. Masukkan sayuran dan goreng selama 2-3 minit. Kemudian masukkan thyme herbs dan lada hitam. Kacau rata.
  4. Masukkan salted egg ready mix, jus lemon, sedikit air rebusan spaghetti dan kiub ayam. Kacau rata supaya sos tidak berketul. Masukkan pula cooking cream dan kacau sebati.
  5. Apabila sos mendidih, masukkan ayam yang siap digoreng. Tak perlu tambah garam.
  6. Kemudian masukkan spaghetti. Gaul rata. Tambah air rebusan Spaghetti jika perlu.
  7. Hidang panas-panas kerana kuah pasta akan menjadi pekat apabila sejuk. Taburkan parmesan dan parsley flakes. Jika suka pedas, taburkan cili flakes.
  8. Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan cara penyediaan Spaghetti Salted Egg ini?

Jadi kalau anda semua dah bosan asyik makan Spaghetti yang dah selalu dibuat.

Apa kata kali ini cuba pula Spaghetti ini. Pasti anda akan berpuas hati!

Originally posted 2022-10-31 08:43:31.

Tinggalkan komentar