Spaghetti Aglio Olio Resepi Sedap & Simple untuk Diet!

Spaghetti Aglio Olio sering terdapat di pelbagai restoran di sekitar Malaysia dan mempunyai permintaan yang baik.

Namun, tahukah anda, resepi aglio olio ini amat mudah untuk dimasak dan sekiranya anda seorang yang baru nak bertatih untuk masak, ianya tidak akan menjadi masalah kepada anda.

Ianya tidak seperti spaghetti yang biasa kerana ianya kering dan mempunyai rasa yang unik.

Selalunya, aglio olio boleh digabungkan dengan seafood seperti udang dan kepah. Tidak makan seafood?

Tak mengapa, anda bebas untuk gabungkan dengan ayam, sosej, atau apa – apa sahaja mengikut citarasa anda. Variasikannya mengikut kreativiti!

Tapi Dalam resepi aglio olio ini khairulaming nak gunakan seafood, jom simak!

Bahan Resepi Aglio Olio Seafood

Bahan-bahan resepi spaghetti aglio olio simple berikut ni.

  • 500 Gram spaghetti (1 paket)
  • 1/2 Mangkuk kecil minyak zaitun
  • 5 Ulas bawang putih, cincang halus
  • 1/2 Biji bawang besar Holland, potong dadu kecil
  • 2 Sudu besar chilli flakes
  • 1/2 Sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 Ketul kiub ayam
  • 1 Mangkuk besar udang, buang kulit
  • 4 Ekor sotong, buang lapisan kulit
  • Capsicum hijau
  • Capsicum merah
  • Tomato kecil, potong 2 jika suka
  • Daun ketumbar ATAU daun parsley, hiris nipis.

Cara Penyediaan Aglio Olio Seafood

Cara memasak resepi spaghetti aglio olio diet berikut ni.

  1. Rebus spaghetti dan toskan.
  2. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih bersama bawang holland sehingga kekuningan dan layu.
  3. Masukkan chilli flakes dan serbuk lada hitam.
  4. Kemudian masukkan udang dan sotong.
  5. Masukkan pula spaghetti diikuti capsicum dan tomato. Taburkan kuib ayam yang sudah dileraikan. Boleh tuang sedikit air rebusan spaghetti supaya bahan-bahan semua sebati semasa proses menggoreng spaghetti.
  6. Perasakan gengan garam dan gula secukupnya. Kiub ayam sudah masin jadi berhati-hati dengan anggaran garam yang dimasukkan. Angkat dan tabur hirisan daun ketumbar atau daun parsley semasa menghidang.

Catatan

  • Tips untuk merebus spaghetti dengan betul ialah masak air yang banyak di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan garam dan spaghetti kering. Tunggu sehingga bahagian bawah sedikit lembut dan kemudian tekan supaya semua spaghetti tenggelam sepenuhnya. Rebus sehingga spaghetti mencapai tahap “al dente” atau masih sedikit keras. Toskan air dan cepat-cepat tuangkan sedikit minyak zaitun kemudian gaul sebati supaya spaghetti tidak melekat bila sejuk nanti.

Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba selain daripada resepi Aglio Olio Seafood ini.

Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda ya! Jangan lupa juga untuk mencuba pelbagai lagi resepi lain

Originally posted 2022-09-05 02:29:58.

Tinggalkan komentar