[Simple] Resepi Popiah Nestum Sedap & Rangup

Antara kudapan paling simple dan mudah nak buat untuk raya atau kudapan ialah resepi popia nestum ni.

Tak perlu risau, kali ini kami akan berkongsikan resepi popia nestum step by step yang paling senang dan sedap. Pasti menjadi kesukaan tetamu, suami dan anak-anak. Krup krap makan camilan ini.

Resipi Popia Nestum, yang sangat sedap dan hanya menggunakan beberapa jenis bahan yang mudah didapati di kedai atau pasaraya.

Cuma proses menggulungnya agak remeh tetapi hasilnya amat memuaskan hati.

Kos nya jauh lebih murah jika buat sendiri berbanding dengan kuih yang dibeli.

Anda sudah tidak sabar bukan ingin tahu resepinya? Mari tengok resepi perkongsian ramai daripada khairulaming‎ di laman Facebook. Selamat mencuba.

Popia Nestum Resepi Rangup

Bahan Untuk Popia Nestum

  • 1 Bungkus kulit popia
  • 1/2 Cawan nestum (khairulaming lebihkan Nestum kepada satu cawan), kisar halus
  • 1/2 Cawan horlicks (nak tanpa horlick dan ganti dengan yg lain pun tak masalah)
  • 1/2 Cawan gula halus

Bahan Untuk Gam

  • 2 Sudu besar tepung
  • 1/4 Cawan air

Cara Penyediaan Resepi Popia Nestum

  1. Bancuh tepung bersama air dan ketepikan.
  2. Gulung kulit popia menggunakan sebilah lidi satay atau chopstick. Pastikan ada sedikit ruang di tengah-tengah gulungan.
  3. Sapukan bancuhan tepung di bahagian hujung supaya gulungan kulit popia melekat. Ulang proses sehingga habis kulit popia. Tutup dengan kain supaya tidak kering.
  4. Gunting gulungan kulit popia secara menyerong dalam jarak 1.5cm.
  5. Goreng sehingga kekuningan.
  6. Taburkan dengan nestum, gula dan horlicks. Gaul sebati dan letakkan di dalam bekas kedap udara.

Catatan

  • Semasa proses menggulung dan menggunting kulit popia, anda haruslah sentiasa tutup kulit popia dengan kain supaya kulitnya tidak kering dan keras. Jika kering, susah untuk digulung kerana ia mudah pecah.
  • Nak tambah sedap, boleh tambah milo.

Selain resepi popia nestum, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Originally posted 2022-10-01 01:30:00.

Tinggalkan komentar