Resipi Shepherd’s Pie Sedap

Hajat nak membuat sheperd pie ni dah lama, cuma asyik malas je nak mula.

Kebetulan ada lebihan kentang putar yang dibuat hari sebelumnya terus rasa nak cuba resipi sheperd pie

Shepherd Pie mempunyai banyak variasi. Ia lebih sedap dimakan semasa panas.

Cubalah buat dengan resipi yang dikongsi ini.

Bahan Resipi Shepherd’s Pie

Bahan Asas Pie

  • 5 biji kentang,
  • 1 sudu mentega,
  • 1/4 cawan susu cair,
  • Lada hitam,
  • Garam.

Bahan Inti Pie

  • 1 biji bawang holland,
  • 5 ulas bawang putih,
  • 1 biji tomato,
  • 1/4 biji carrot.
    *Semua dipotong dadu.
  • Daging cincang,
  • Lada hitam,
  • Mozarella cheese,
  • Garam,
  • 2 sudu mentega.

Cara Penyediaan Resipi Shepherd’s Pie

Cara Penyediaan Mash Potato Base

  1. Cara membuat mash potato adalah dengan merebus 5 biji kentang.
  2. Kemudian toskan air dan lenyekkan kentang yang direbus tadi.
  3. Boleh tambah 1 sudu mentega, 1/4 cawan susu cair, lada hitam, dan garam.
  4. Kemudian lenyek lagi dan gaul sampai sebati. Jika sudah siap boleh letak tepi.

Cara Penyediaan Inti Pie

  1. Mula-mula cairkan dalam 2 sudu butter/mentega di dalam kuali.
  2. Kemudian masukkan bawang holland dan bawang putih yang dipotong dadu tadi dan goreng sehingga kekuningan.
  3. Setelah itu, masukkan daging cincang. Kalau ada ayam cincang masukkan ayam cincang. Kalau ada kambing cincang masukkan kambing cincang. Semua pun boleh.
  4. Goreng sampai bertukar warna.
  5. Setelah itu, masukkan carrot.
  6. Masakkan sekejap baru campurkan tomato.
  7. Boleh masukkan lada hitam tumbuk sedikit untuk bagi rasa sedap.
  8. Letak garam secukup rasa.
  9. Kalau sudah siap semua, boleh ambil loyang/bekas untuk layerkan pie.

Cara Layerkan Pie

  1. Mula-mula, layerkan mash potato. Layerkan nipis saja.
  2. Kemudian letakkan inti daging.
  3. Akhir sekali layerkan balik dengan baki-baki mash potato di atas inti.
  4. Kalau suka creamy/cheese boleh tabur mozarella cheese.
  5. Cakar-cakar sedikit pie menggunakan garpu.
  6. Lalu bakar dalam oven dengan suhu (160-180)’C (saya guna 170C).
  7. Api atas bawah selama 40 minit.
  8. Kalau sudah garing dan kekuningan boleh keluarkan daripada oven.
  9. Kalau mahu sedap lagi, bubuh sos prego/tomato pure dalam inti.
    Siap.

Originally posted 2022-12-01 06:55:46.

Tinggalkan komentar