Resipi Nugget Ayam Sedap & Simple

Ramai kurang gemar isi dada ayam yang lebih berdaging.

Oleh itu, dari tersimpan begitu sahaja dalam peti sejuk, boleh olah dan hasilkan Nugget Ayam Tempura homemade ni.

Rasanya tentulah lebih sedap dari nugget sejukbeku yang dibeli di pasaraya.

Kini, bolehlah hasilkan sendiri kudapan untuk anak-anak dan keluarga.

Lebih bersih, lebih jimat , tiada MSG dan dijamin halal.

Bahan Resipi Nugget Ayam

  • 1 ketul dada ayam blend kering
  • 1 sudu lada hitam blen kering
  • 1biji bwg merah dan putih
  • 1 biji telur
  • Garam aji secukup rasa

Jom Baca : [Terkini] 5 Garam Terbaik Untuk Kesihatan


Cara Penyediaan Resipi Nugget Ayam

  1. Blend Semua Bahan dan Tuang air sedikit untuk mengisar.
  2. Tuang bahan blend tadi ke dalam bekas.
  3. Masukkan tepung gandum 3 sudu.
  4. Masukkan tepung pulut 2 sudu. Kalau masih cair lebih kan lagi tepung untuk bagi pekatkan.
  5. Gaul rata dan tambahhan hirisan daun sup dan sebangainya.
  6. Setelah siap digaul, masukkan ke dalam loyang dan kukus sampai jadi kental. (Dalam 10 hingga 15 minit).
  7. Selepas itu potong ikut suka. Guna acuan kuih love atau bentuk star atau apapun boleh.
  8. Celupkan dengan telur dan taburkan serbuk nugget atau tepung goreng ayam atau tepung roti pun boleh.
  9. Golek rata dan goreng hingga masak dengan api sederhana panas.

Catatan

Kalau mahu frozenkan, goreng setengah masak kemudian sejukkan dulu baru simpan ke dalam freezer. Selamat mencuba.

Originally posted 2022-12-02 07:17:03.

Tinggalkan komentar