[Simple] Resepi Wonder Cheese Popia Sedap & Rangup

Mudah je sebenarnya nak buat Popia Wonder Cheese ni, hanya dengan 3 langkah yang senang nak buat dah boleh jadi kudapan yang sedap untuk anak-anak.

Sesuai sangat kalau buat waktu pergi berkelah ke, tengok movie dengan anak-anak dirumah ke, atau dinikmati pada bila-bila masa sahaja.

Mak-mak mesti kena cuba resipi Popia Wonder Cheese ni, gerenti tak sedap & anak-anak suka. Silap-silap tak sedar makan habis sebalang.

Berikut merupakan perkongsian resipi oleh Fatihah Aziz

Bahan Resepi Wonder Cheese Popia

  • Sebungkus kulit popia (Mai guna jenama KG Pastry)
  • 8 Sudu besar serbuk keju
  • 2 Sudu besar serbuk cili (Mai guna jenama Baba’s)
  • 4 Sudu besar gula

Cara Penyediaan Wonder Cheese Popia

  1. Gunting kulit popia bentuk segiempat, kecil-kecil sehingga habis sebungkus.
  2. Goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga garing, kacau rata supaya tidak hangus. Angkat dan toskan
  3. Kisarkan serbuk keju, serbuk cili dan gula.
  4. Apabila kulit popia yang digoreng tadi sudah sejuk, masukkan ke dalam balang.
  5. Kemudian masukkan serbuk yang sudah dikisar tadi ke dalam balang berisi kulit popia dan goncang dengan lembut sehingga serbuk keju rata sepenuhnya.
  6. Sedia untuk dimakan.

Catatan

  • Jika rasa terlebih pedas, boleh seimbangkan rasa dengan menambah sedikit gula atau keju (ikut rasa masing-masing)

Selain Resepi Wonder Cheese Popia, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. 

Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Originally posted 2022-10-02 03:34:00.

Tinggalkan komentar