Resepi Telur Pindang Simple dan Sedap

Telur pindang merupakan makanan tradisi orang China yang mana telur akan direbus dengan rempah/herba tertentu sampailah telur akan hasilkan rasa/aroma yang dimahukan.

Biasanya dijadikan sebagai makanan ringan yang dijual dekat tepi jalan/pasar malam, telur pindang ni memang akan selalu jumpa kalau pergi kenduri kawin terutamanya kenduri kawin orang Melayu-Johor.

Nak buat telur pindang ni tak susah pun. Jom sis nak share dengan uolss macam mana nak buat telur pindang yang sedap dengan cara masak mudah dan cepat. Confirm jadi kegemaran isi rumah.

Bahan Telur Pindang

  • Telur Ayam Gred C 30 biji Dibasuh terlebih dahulu
  • Jintan RM2.00 basuh
  • Ketumbar RM2.00 – basuh
  • Garam ikut suka
  • 1/2 Kilo bawang kecil (diptong 2 atau 3)
  • 5 batang serai  diketuk
  • Lengkuas sebuku macam ibu jari kaki diketuk-ketuk
  • 2 inci halia panjang diketuk-ketuk
  • Daun jambu batu secekak
  • Daun senduduk secekak
  • Daun serai secekak
  • Daun manggis secekak (kalau tidak ada pun boleh)
  • Kulit bawang merah
  • Kalau suka masukkan sedikit kicap pekat (kalau tidak letak pun tidak apa, daun-daun dan bahan-bahan lain harus dibasuh bersih)

Cara Penyediaan Telur Pindang

  1. Terlebih dahulu buat lapisan pertama, ambil periuk dan susun daun-daun dan bahan-bahan yang lain
  2. Masukkan sedikit garam kemudian susun telur diatas daun-daun tadi.
  3. Kemudian susun daun-daun buat lapisan kedua dan susun telur yang selebihnya.
  4. Susun daun-daun dekat atas telur untuk penutup telur dan taburkan garam.
  5. Tuangkan air kedalam periuk dan boleh juga rasa air tu masin atau tidak. Air hendaklah sentiasa menutupi telur. Kalau tidak warnanya nanti tidak cantik.
  6. Letak atas dapur dengan api yg kecil. Rebus telur pindang kalau hendak sedap rebus dalam 4 hari 3 mlm.
  7. Bila sudah masak ambil telur direndam dengan air sejuk supaya tidak melekat. Ok sudah siap.

Ingin mencuba lagi resepi sarapan telur lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. 

Jom share artikel ini jika bermanfaat.

Originally posted 2022-09-28 01:20:00.

Tinggalkan komentar