Resepi Tauhu Sumbat Ala Cina Sedap & Simple

Resipi kali ini merupakan sejenis resipi yang sesuai dijadikan sebagai hidangan sampingan.

Tauhu sumbat ayam ini sesuai dihidang bersama nasi ayam dan semangkuk sup. Cara penyediaannya juga ringkas dan mudah.

Antara bahan yang digunakan ialah tauhu putih, isi ayam dan kicap. Manakala ia menggunakan teknik mengukus yang memelihara kesegaran dan kebaikan makanan tersebut.

Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan Resepi Tauhu Sumbat

  • 3 Keping tauhu putih
  • 1 Cawan (250 g) isi udang/isi ayam @ campuran kedua-duanya
  • 2 batang akar ketumbar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu teh serbuk lada putih
  • 1/2 sudu teh tepung jagung
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 liter stok ayam/ 1 kiub ayam @ 2 sudu besar stok pekat ayam dalam 1 liter air
  • 1 cawan kubis (dihiris)
  • 1 batang lobak (dihiris)
  • 2 bar fish cake (dihiris)
  • 2 biji tomato (dihiris)
  • 1 pokok daun bawang (dihiris)
  • 1 tangkai daun ketumbar (dihiris)
  • Garam

Cara Penyediaan Resepi Tauhu Sumbat Viral

  1. Potong tauhu kepada 2 bentuk segitiga. Korek bahagian tengahnya untuk keluarkan sebahagian isi tauhu. Ketepikan tauhu dan isi yang dikeluarkan.
  2. Cincang semua bahan inti bersama isi tauhu yang dikorek tadi.
  3. Sumbatkan inti ke dalam tauhu.
  4. Sup: didihkan stok ayam. (Kemudian keluarkan ayam/tulang ayam rebusan) 
  5. Masukkan tauhu sumbat, fish cake, tomato dan sayuran keras seperti bunga kubis dan carrot terlebih dahulu. Perasakan dengan garam.
  6. Apabila inti sudah masak dan sayuran sudah lembut sedikit, masukkan kubis. Akhirnya daun bawang dan daun ketumbar.

Tauhu putih mempunyai 2 jenis satu jenis keras dan satu lagi lebih lembut dan sedap.

Namun begitu tauhu keras tahan lebih lama banding tauhu lembut.

Terpulanglah pada citarasa anda untuk memilih namun yang pasti resipi ini amat berbaloi untuk dicuba! 

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba.

Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Jom share artikel ini jika bermanfaat.

Originally posted 2022-09-29 01:51:53.

Tinggalkan komentar