Resepi Tauhu Berlauk Sedap dan Rangup!

Selama ni tauhu berlauk ni selalu kita dengar orang buat. Kalau tengok rupanya memang buat kita terliur tapi tak pernah lagi cuba buat sendiri.

Rupanya nak buat tauhu berlauk ni mudah je. Antara resepi yang boleh diikut ialah resepi tauhu berlauk sedap dengan isi padat yang dikongsikan oleh Lynn Koo ni.

Bahan Tahu Berlauk Sedap

Bahan Untuk Tauhu Berlauk

  • 4 ketul tofu telur (dikisar)
  • 3 biji tauhu lembut (dikisar)
  • 3 biji telur ayam
  • Isi ayam (dikisar)
  • Bawang holland (dipotong dadu)
  • Carrot (disagat)
  • Daun sup (diracik)
  • Pati kiub ayam
  • Sedikit garam
  • Serbuk lada putih

Bahan Untuk Sambal Kicap

  • 5 biji cili api
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu gula
  • Sesikit garam
  • Sedikit sos ikan atau jus limau
  • Kicap secukupnya

Suka makan Tauhu?, anda juga boleh cuba Resepi Tauhu Sumbat Ala Cina Sedap & Simple


Cara Penyediaan Tauhu Berlauk

  1. Kisar tofu telur, tauhu lembut, telur ayam, dan isi ayam. Kisar sampai semua hancur dan sebati.
  2. Selepas itu, masukkan bahan kisar kedalam mangkuk dan campurkan carrot, daun sup dan bawang holland. Kacau sampai sebati semua bahan.
  3. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada putih. Kacau sebati.
  4. Kemudian, masukkan kiub pati ayam. Kiub boleh juga dicampur sekali dalam bahan kisar tadi, supaya dapat dicampur sebati.
  5. Boleh masukkan kedalam acuan lompang atau loyang untuk dikukus. Kukus selama 15 hingga 20 minit.
  6. Boleh digoreng dengan telur seperti tauhu bergedil. Siap.

Cara Buat Sambal Kicap

  1. Goreng dahulu sekejap cili sampai kulit menjadi kering.
  2. Kemudian tumbuk halus bawang dan cili, masukkan bahan perasa yang lain sehingga secukup rasa.

Sedapnya! Tak sabar nak makan, dah macam nuget ada tauhu bergedil pun ada.

Cicah pulak dengan sambal kicap yang super marvelous ni memang kick habislah! Bila buat sendiri pasti puas hati sebab boleh buat sesedap yang kita nak.

Nak goreng tauhu berlauk ni boleh juga salut dengan bread crumbs atau boleh juga guna bancuhan tempura, jadi ala-ala Nuget gitu. Ranggup diluar lembut didalam, fuh! Sedap betul.

Orang yang pertama kali try resepi tauhu berlauk ni pun akan jatuh cinta dengan rasanya.

Yelah! Benda sedap memang akan teringat-ingat. Boleh follow resepi ini untuk dijadikan santapan untuk keluarga!

Originally posted 2022-09-29 02:32:00.

Tinggalkan komentar