Resepi Tauhu Begedil Sedap + Sambal Kicap!

Tauhu Begedil ni memang sedap dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Ramai yang takut nak cuba sebab rasa hidangan ni susah nak disediakan.

Namun menerusi perkongsian Puan Siti Misyati, beliau kongsikan resipi Tauhu Begedil yang paling mudah dan sedap.

Kosnya pun tak mahal. Malah inilah resipi yang digunakan untuk perniagaan Tauhu Begedil yang beliau usahakan. Sedapkan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan Resepi Begedil Tauhu

Bahan Inti Tauhu Bergedil Resepi

  • Kentang 8 biji yang direbus sampai empuk. Lepas tu lenyekkan.
  • Daging kisar brand Ramly 1 paket
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada sulah
  • Minyak masak
  • Daun sup dan daun bawang sikit sebagai hiasan (dihiris)
  • Bawang goreng 3 sudu besar

Bahan Lain

  • Tauhu
  • Telur 3 biji

Bahan Untuk sambil Kicap

  • Cili hijau segenggam yang dah siap dipatah-patahkan
  • Bawang putih 6 ulas
  • Kicap lemak manis Jalen yang mencukupi sehingga tenggelam bahan lain
  • Kicap pekat Jalen 1 sudu
  • Garam dan gula secukup rasa

Jom Baca : Resepi Masak Tauhu Telur Chinese Style Sedap


Cara Penyediaan Tauhu Bergedil Resepi

Cara penyediaan Tauhu Bergedil ini dibezakan menjadi 2, mula mula kita buat Tauhu Bergedil dulu, lanjut buat Sambil Kicap , paham ye ? Jom mulakan!

  1. Mula-mula panaskan minyak dalam kuali. Masukkan daging, kemudian perasakan dengan sedikit garam dan lada sulah. Kacau sekata.
  2. Dah masak tu angkat dan masukkan dalam 1 bekas.
  3. Masukkan kentang yang dah dilenyekkan, hirisan daun bawang dan daun sup, dan juga bawang goreng.
  4. Kemudian kacau sekata.
  5. Seterusnya ambil tauhu dan gunting di bahagian tengahnya supaya jadi bentuk X.
  6. Kemudian ambil sedikit inti daging tadi dan gumpal-gumpalkan menjadi bebola. Dan lepas tu masukkan ke dalam tauhu.
  7. Dalam bekas lain, pecahkan tiga biji telur dan ketuk. Letakkan sikit garam dan sedikit lada sulah dalam telur ni.
  8. Celupkan tauhu yang dah siap disumbatkan dengan inti daging ke dalam telur tadi.
  9. Kemudian masuk dalam kuali. Buat satu persatu sehingga tauhu habis.
  10. Pastikan minyak betul-betul panas dan gunakan api yang sederhana.
  11. Balik-balikkan tauhu sebelum angkat.
  12. Dah cantik masak dengan warnanya bertukar, boleh angkat dan tos minyaknya. Dah siap.
  13. Sekarang sediakan sambal kicapnya pula.

Cara Buat Sambal Kicap

  1. Tips nak sedap lagi sambal ni, gorengkan dulu cili padi dan bawang putih seketika. Bukan je sedap, malah sambal juga boleh tahan lama.
  2. Kemudian masukkan cili padi dan bawang yang dah digoreng tadi dalam blender.
  3. Masukkan juga kicap manis dan kicap pekat Jalen ke dalamnya. Dan kisar sehingga lumat.
  4. Keluarkan dari blender dan masukkan dalam bekas. Taburkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
  5. Dah siap dan sedia untuk dihidangkan dengan tauhu begedil.

Senang je kan. Tauhu begedil ni kalau makan terus panas-panas lepas goreng tu lagi sedap dan menyelerakan.

Eloklah kalau dibuat banyak-banyak dan simpan dalam peti sejuk, sebab boleh jadi hidangan minum petang yang cepat untuk disediakan.

Goreng je sekejap, kemudian makan dengan sambal kicap yang sedap lagi padu.

Tips sambal kicap ni memang boleh diguna pakai untuk makan dengan masakan apa sekali pun.

Bukannya cicah dengan tauhu begedil je, nak makan dengan mee sup, soto dan apa-apa makanan memerlukan sambal kicap semua boleh. Confirm naik lagi selera.

Jangan lupa cuba resepi tauhu begedil dan sambal kicap ni. Semoga perkongsian ni bagi manfaat pada semua. Selamat mencuba!

Originally posted 2022-09-28 01:56:00.

Tinggalkan komentar