Resepi Tauhu Bakar Sedap & Simple

Resepi kali ini amat sesuai dijadikan hidangan snek atau minum petang.

Kebiasaan tofu ini dibakar dan dimana ia dinikmati bersama kuah kicap yang sedikit manis.

Namun kali ini penyediaan tofu diubahsuai agar lebih mudah untuk disediakan dan iuga lebih sihat.

Oleh kerana pengunaan air fryer semakin popular dikalangan orang kita kini maka resepi ini diubahsuai agar mudah untuk disediakan.didalam resepi ini ialah tauhu pok, timun dan sedikit lobak merah.

Baiklah berikut adalah cara untuk menyediakan tauhu bakar ini.

Bahan Tauhu Bakar Sedap

  • 4 Kpg tahu
  • 100 Gm taugeh
  • 1/2 Btg timun
  • 1/2 Biji sengkuang
  • * 3 Sb lada boh / lada giling
  • * 1 Ulas bawang putih dititik
  • * 2 Sb gula merah
  • * 1 Sb gula pasir
  • * 3 Sb air asam jawa
  • * 2 Cwn air
  • Sedikit garam
  • 1 Sb bijan digoreng tanpa minyak
  • Kacang tanah tumbuk utk tabur atas tauhu

Cara Penyediaan Tauhu Bakar

  1. Tahu bakar hingga masak dan ketepikan.
  2. Celur taugeh dgn air panas, tapis dan ketepikan.
  3. Potong kecil2 atau baji sengkuang dan timun
  4. Masak semua bahan bertanda sehingga pekat. Consistencynya bergantung pd citarasa masing2 tp baik buat pekat sikit sbb tauhu akan kuar air gak sikit nanti. Bila kuah hampir siap masukkan bijan kacau rata dan matikan api.
  5. Potong tahu kecil2, letak taugeh sengkuang n timun, bolehlah tuang kuah sos keatasnya. Tabur sikit ngan kacang tumbuk, siap tuk dihidang
  6. Sos boleh simpan dlm fridge n boleh tahan lama gaklah, sesuai gak tuk keropok lekor, popia n karipap sayur.

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba.

Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Jom share artikel ini jika bermanfaat.

Originally posted 2022-09-30 04:42:00.

Tinggalkan komentar