Resepi Tart Nenas Gulung 

Bila sebut resepi tart nenas , terus terbayang keenakkan biskut raya yang ni kan.

Dengan rasa tart yang cair dalam mulut dan diilengkapkan pula dengan manis masam jem nenas, memang sungguh mengasyikkan. Tak perasan masuk mulut satu persatu.

Rasa tart nenas yang sedap, gebu dan cair dimulut dapat memikat hati si pengemar tart nenas.

Inti masam manis lagi membangkitkan rasa kuih tart nenas. Kuih yang sangat popular dan laris setiap tahun.

Jom layan resepi tart nenas sedap yang telah dikongsi oleh Makteh Nourain yang mudah dan sangat gebu ini. Rugi kalau tak mencuba buat sendiri kali ni. Alang-alang baru nak cuba, boleh buat kuih tart ni.

Bahan-bahan yang digunakan untuk buat tart nenas ni pun sangat mudah kita nak dapatkan.

Jom saya kongsikan apa bahan-bahan yang digunakan untuk tart nenas ini dan langkah-langkah nak buat tart nenas yang sedap ni.

Bahan Tart Nenas Gulung  Resepi

Bahan Untuk Inti Nanas

  • 2 biji nanas
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 helai daun pandan
  • 1 cawan gula
  • ½ sudu kecil garam **jika guna mentega unsalted
  • Tambah lagi 1 cawan gula

Bahan Untuk Tart Nanas

  • 250g (1 cawan) mentega
  • 375g (3 cawan) tepung gandum
  • 60g (½ cawan) tepung jagung
  • 20g (2 sudu besar) tepung kastad
  • ½ sudu kecil garam
  • 2 kuning telur
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 2 kuning telur
  • 14g (1 sudu besar) gula kastor

Bahan Untuk Sapuan Telur

  • 2 kuning telur
  • 2 sudu besar minyak
  • Sedikit pewarna kuning

Cara Penyediaan Tart Nenas Gulung Resipi

Cara Buat untuk Inti Nanas

  1. Kisar potongan kiub nenas agak halus tanpa air.
  2. Tapis jus nenas (pilihan)
  3. Masak nanas yang dikisar bersama kayu manis, bunga cengkih, simpulan daun pandan dan gula. Reneh dan masak sehingga pekat.
  4. Selepas kelihatan pekat, masukkan sedikit garam dan tambah gula mengikut citarasa.
  5. Tutup api dan sejukkan inti nenas.
  6. Kemudian, bulatkan inti nenas menggunakan tapak tangan dan tekan sedikit berbentuk membujur.

Cara Buat untuk Tart Nanas

  1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard lalu masukkan sedikit garam.
  2. Masukkan susu pekat kedalam bekas mentega lembut dan kacau bahan.
  3. Masukkan kuning telur, gula kastor dan bahan ayak iaitu tepung sedikit demi sedikit sambil digaul sebati sehingga adunan menjadi cukup lembut.

Cara Buat Untuk Tart Nanas Gulung

  1. Selepas adunan doh siap, tekan adunan memanjang menggunakan acuan diatas loyang.
  2. Susun inti nenas dan gulung perlahan-lahan sehingga doh bercantum lalu potong doh. Kemaskan bahagian tepi dan ulang sehingga siap kesemuanya.
  3. Sebelum dibakar, sapukan satu per satu tart dengan adunan telur kuning yang dicampur minyak masak dan sedikit pewarna kuning didalamnya.
  4. Bakar pada suhu 160C selama 25-30 minit. Ubah suhu ikut jenis oven masing-masing.
  5. Sejukkan sepenuhnya tart nenas gulung yang telah dibakar dan kemudian, boleh disusun kedalam bekas kedap udara.

Catatan

  • Tidak perlu kerap menggacau bahan inti nenas dan reneh dengan api yang perlahan sehingga pekat. Namun, jika inti sudah mula pekat, harus pula mengacaunya sehingga inti tidak berair dan betul-betul menjadi pekat.
  • Jika mahu bulatkan inti nenas, sapukan sedikit minyak masak di tangan bagi menggurangkan melekat.
  • Selain mentega, boleh saja gantikan dengan marjerin untuk tart nenas.
  • Jika menggunakan mentega bergaram, tidak perlu tambah garam kedalam bahan kering tart nenas.
  • Kuantiti tepung dimasukkan kedalam adunan sehingga adunan menjadi dan lembut. Jika doh menjadi lembik, tambah tepung gandum sedikit demi sedikit. Namun, jika doh keras, tambah mentega dan adun sehingga doh menjadi lembut.
  • Jika mahukan sapuan telur yang lebih tebal, sapu pula lapisan kedua selepas kering sapuan pertama
  • Gunakan berus pastry atau berus silicon yang lembut. Pastikan sapuan yang dibuat tidak menekan permukaan tart agar permukaan tart tidak rosak.

Originally posted 2022-11-04 04:05:30.

Tinggalkan komentar