Resepi Sweet Potato Sedap & Mudah!

Semasa ke saloon di Taman Tun Dr Ismail hari minggu lepas, saya membeli sweet potatoes setelah Puan Zaiton memberitahu yang ianya sangat sedap.

Kalau semasa kecil di kampung, saya memanggil ubi ini sebagai ubi stellor. 

Namun hanya ubi yang dijual di kedai tertentu sahaja yang sangat manis dan sangat sedap.

Sweet Potato ini sedap dimakan ketika masih panas. Ikut selera masing2 ye. Jom kita lihat resipi nya.

Bahan Resepi Sweet Potato

  • 5 Biji sederhana Japan sweet potato
  • 1/2 Cawan tepung gandum
  • 1/2 Cawan tepung jagung
  • 1 Sudu teh baking powder
  • 2 Sudu besar susu pekat manis
  • 2 Sudu besar gula
  • 2 Sudu besar air masak
  • Secubit garam
  • Minyak untuk menggoreng (deep fry)

Suka makan potato?, anda juga boleh cuba Resepi Potato Wedges Sedap & Simple, Anak-anak Suka! & Resepi Mashed Potato Kfc Sedap & Simple.


Cara Penyediaan Resepi Potato

  1. Kupas dan kukus keledek selama 20 minit, setelah masak, dilecek.
  2. Kemudian masukkan gula, garam, susu pekat, air masak dan digaul rata.
  3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk penaik, kemudian digaul sehingga sebati.
  4. Pastikan adunan tidak terlalu keras dan terlalu lembik.
  5. Bentukkan bulat-bulat di atas pinggan. Panaskan minyak dan digoreng dengan api yang perlahan (sentiasa dikacau supaya tidak hangus dan masak dengan sekata).

Terima kasih telah mencoba Resepi yang kami bagi di web ini.

Harapan kami, Resepi Sweet Potato yang mudah di atas dapat membantu Saudara menyiapkan hidangan yang lezat untuk keluarga/teman maupun menjadi ide dalam Kamu yang berkeinginan untuk berjualan makanan.

Jangan lupa jika Resepi ini berfaedah, silahkan dibagi ke twitter or facebook lainnya. Terimakasih.

Originally posted 2022-09-07 03:59:41.

Tinggalkan komentar