Resepi Sweet Corn Mudah dan Simple

Seringkali kita akan membeli sweet corn apabila ke shopping mall atau ke panggung wayang.

Anda tidak perlu lagi berbuat demikian kerana boleh mencuba membuatnya sendiri di rumah

Resepi Sweet Corn Easy. Tak Perlu Beli Di Luar Dah! 10 kali ganda lebih sedap, lebih murah dan lebih banyak.

Mahalnya jagung per cup di luar? Jom guna resepi jagung manis ini untuk hasilkan corn-in-cup sendiri kat rumah dengan murah dan senang sekali!

Masin masin manis, sedap! Makan panas-panas emmm onzzz.

Dapat banyak pula tu, hanya menggunakan 5 bahan. Siap dah.

Bahan Resepi Sweet Corn

  • 1 Paket Sweet corn (nak guna yang fresh pun boleh lagi sedap)
  • 3 Sudu besar susu pekat manis (agak-agak)
  • 1/2 Sudu besar marjerin
  • Secubit garam

Suka makan Pop Corn?, anda juga boleh cuba Pop Corn Caramel Resepi Mudah dan Sedap! dan Resepi Pop Corn Coklat yang Mudah dan Sedap


Cara Penyediaan Sweet Corn

  1. Kukus jagung hingga masak
  2. Setelah jagung masak masukan dalam bekas yang sesuai, masukkan marjerin, susu pekat dan sedikit garam.
  3. Gaul sehingga sebati
  4. Sedia dihidangkan. Sedap dimakan ketika masih panas.

Mudah je kan? Selamat mencuba.

Kalau tak nak kukus boleh juga guna kaedah rebus.

Rebus jagung bersama secubit garam. Bila jagung dah empuk, toskan jagung tu dulu bagi tak ada balance air rebusan tadi dan terus digaul dengan marjerin dan susu pekat ketika jagung masih panas. Siap!

Originally posted 2022-09-04 00:43:03.

Tinggalkan komentar