Resepi Swedish Meatball Sedap Sangat!

Tekak teringin nak makan makanan western? Jom cuba buat Swedish Meatball Ala Ikea yang mudah dan sangat sedap ini.

Kalau malas nak keluar rumah, masak sendiri je senang. Lagi puas hati kalau buat sendiri, boleh makan banyak-banyak.

Ikut saja resipi hasil perkongsian oleh azie kitchen di bawah. Selamat mencuba!

Bahan Resepi Meatball Ikea

Bahan Resepi Meatball Ikea ini dibezakan menjadi 3, pertama bahan nak buat meatball, bahan sos dan bahan nak makanan tambahan Jom mulakan!

Bahan Untuk Meatball

  • 600g Daging kisar
  • 1 Biji bawang holland
  • 2 Keping roti putih
  • 5 Sudu besar /75 ml susu full cream
  • 1 Biji telur
  • Sudu kecil serbuk lada hitam
  • Sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 Ulas bawang putih
  • Sudu kecil rempah mixed spice
  • Sudu kecil garam
  • Minyak, untuk menggoreng

Bahan Untuk Sos Perang

  • 40g/3 Sudu besar mentega
  • 3 Sudu besar tepung gandum
  • 1 Cawan air
  • 1 Ketul kiub pati daging
  • 1 Cawan susu full cream
  • Cawan krim masakan
  • 2 Sudu kecil kicap
  • Sudu kecil cuka (boleh ganti cuka dengan 1 sudu kecil dijon mustard)

NOTA

Jumlah kesemua susu full cream, air dan krim ialah 2 cawan. Anda boleh sesuaikan ikut bahan sama ada lebihkan susu atau krim.

Lebih banyak krim, lebih sedap rasa brown sauce

Bahan Untuk Hidangan Sampingan

  • Sayur brokoli
  • Kentang goreng
  • Jem lingonberry

Cara Penyediaan Meatball Ikea Resepi

Cara penyediaan Swedish Meatball Ikea ini juga dibezakan menjadi 4, mula mula kita buat untuk Meatball dulu, lanjut masak sayur, kemudian buat Sos Perang dan akhir sekali buat Kentang Goreng, paham ye ? Jom mulakan!

Cara Untuk Masak Meatball

  1. Cincang halus bawang holland dan bahagi dua.
  2. Potong roti dan rendam dengan susu.
  3. Tumis 1 bahagian bawang holland. Goreng sampai lembut.
  4. Masukkan dalam mangkuk yang besar daging kisar, bawang holland tumis dan bawang holland mentah, roti putih, telur, serbuk lada hitam, serbuk lada putih, bawang putih parut, rempah mixed spices dan garam.
  5. Gaul anggaran 1-2 minit atau sampai adunan melekit.
  6. Sukat daging dengan sudu dan bentukkan menjadi bebola sama saiz.
  7. Rehatkan
  8. Panaskan minyak (boleh tambah butter sikit) dan goreng meatball sampai habis.

Cara Untuk Masak Sayur

  1. Panaskan air sampai mendidih kemudian masukkan garam.
  2. Potong brokoli dan rebus selama 2-3 minit.
  3. Angkat dan masuk dalam air sejuk.

Cara Untuk Buat Sos Perang

  1. Tapis keluar minyak dari goreng meatball tadi. Keladak yang tinggal akan digunakan balik untuk masak sos perang.
  2. Panaskan semula kuali dan cairkan butter. Masuk tepung gandum dan kacau sehingga masak larut.
  3. Masukkan air dan masak sehingga pekat. Masukkan susu full cream, kiub pati lembu.
  4. Masuk cooking cream, kicap dan cuka (boleh ganti Dijon mustard). Kacau sampai brown sauce pekat mendidih.

Cara Untuk Buat Kentang Goreng

  1. Panaskan minyak dan goreng jejari kentang sampai garing. Angkat dan tabur sedikit garam.
  2. Hiding bersama meatball, sos perang, brokoli dan jem lingonberry.

Catatan

  • Roti berfungsi untuk kekalkan bentuk meatball dan lembabkan isi dalam. Biasanya isi meatball akan letak breadcrumb atau roti putih.
  • Daging kisar kalau terlebih lemak meatball akan mengecut terlalu banyak, kalau tak ada lemak langsung nanti daging akan jadi kering.
  • Untuk bulatkan, uli daging dengan 2 tapak tangan dan tekan biar padat dan bulatkan semula.
  • Garam dalam air celur penting untuk rasa dan kekalkan warna hijau sayur.
  • Air sejuk akan hentikan proses masak dan warna kekal hijau.
  • Tepung gandum dalam sos perang adalah cara untuk buat Roux fungsi untuk pekatkan kuah.
  • Bila nak simpan sos perang, tutup rapat takut lapisan atas keras masa menyejuk.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai resipi resipi berkaitan dengan ketam jom simak beberapa maklumat mengenai resipi ketam berikut ni.

Jom share artikel ini jika bermanfaat.

Originally posted 2022-09-14 06:03:00.

Tinggalkan komentar