Resepi Spaghetti Carbonara Sedap

Spaghetti Carbonara yang menggunakan sos carbonara mushroom dari Prego dan diubahsuai mengikut selera orang kita.

Ianya mudah dan cepat disediakan. Bahan-bahannya pun mudah didapati.

Menu ini sangat sesuai dihidangkan untuk kanak-kanak, atau di majlis keramaian seperti party hari jadi untuk kepelbagaian hidangan kerana rasanya yg berlemak dan tidak pedas.

Jenis pasta yang chef wan gunakan ialah spaghetti, tetapi anda boleh gantikan dengan pasta jenis fettucine, penne ataupun macaroni.

Bahan Resepi Spegeti Cabonara

  • 1 paket spaghetti
  • 1 biji bawang besar Holland cincang
  • 5 ulas bawang putih cincang
  • 5 batang sosej
  • 1 tin cendawan
  • 2 tin sos cendawan carbonara Prego
  • 1 liter susu segar
  • Lada hitam
  • Oregano flakes

Cara Penyediaan Resepi Spaghetti Carbonara Sedap

  1. Tumiskan bawang besar & bawang putih.
  2. Masukkan sosej dan cendawan butang yg telah dihiris.
  3. Taburkan sedikit oregano flakes & serbuk lada hitam.
  4. Tuangkan sos cendawan.
  5. Tuangkan susu. Perasakan dengan garam. siap.
  6. Spaghetti rebus macam biasa hingga lembut dengan tambah sedikit minyak masak & garam. agar tidak melekat.
  7. Kalau ingin terasa cheesy, anda bole tambah cheese yang slice. Confirm sedap.

Mudah dan senang kan? sekarang anda boleh membuat spaghetti carbonara setiap hari di rumah anda.

Selain resepi spaghetti carbonara viral, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai.

Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

  1. Resepi Spaghetti Goreng Sedap
  2. Spaghetti Aglio Olio Resepi Sedap
  3. Resepi Spageti Bolognese Meatball

Selamat Mencuba!

Originally posted 2022-10-30 08:36:37.

Tinggalkan komentar