Resepi Spageti Bolognese Meatball Mudah & Sedap

Spageti Bolognese Meatball adalah antara sajian pasta yang menjadi kegemaran ramai terutamanya anak-anak.

Ini dek kerana cara penyediaannya yang mudah, rasa yang sedap dan tidak pedas.

Di pasaraya, terdapat pelbagai jenama sos spageti yang ada.

Resipi perkongsian saudari Nur Masri menggunakan dua jenis sos pasta tradisional dan juga sos pasta mushroom.

Hasilnya memang sangat enak walaupun menggunakan sos segera. Terasa nak makan Spageti Bolognese Meatball Resepi? Jom cuba resipi ni.

Bahan Resepi Meatball Bolognese

  • 1 Paket spaghetti
  • 1 Biji bawang holland(potong dadu)
  • 1 Paket daging cincang
  • 1 Botol sos pasta mushroom (prego)
  • 1 Botol sos pasta traditional (prego)
  • 1 Tin cendawan (potong nipis)
  • 3 Sudu besar sos cili
  • 2 Sudu besar cili kisar
  • 4 Ulas bawang putih(dicincang)
  • 2 Biji tomato(potong dadu)
  • 500g Bebola daging
  • 2 Helai daun bay
  • Sedikit blackpapper
  • Sedikit Italian herbs
  • Sedikit oregano
  • 1 Kiub pati daging
  • Garam

Cara Penyediaan Meatball Bolognese Resepi

  1. Panaskan air masukkan sedikit minyak dan garam ,rebus spaghetti hingga lembut. Toskan.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, cili kisar dan bawang holland hingga naik bau.
  3. Masukkan daging kisar & bebola daging kacau hingga masak dan air kering.
  4. Kemudiaan masukkan sos pasta, sos cili, Kiub pati daging dan sedikit air, masukkan tomato yg di potong dadu, cendawan dan daun bay, tunggu sehingga sos menggelegak, letak sedikit Italian herbs, oregano, black pepper dan garam.
  5. Kacau hingga kuah nmpk naik minyak.
  6. Tutup api dan hidangkan bersama spaghetti, taburkan oregano ke dlm kuah bolognese sebelum dihidangkan.

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web berikut ni.

Originally posted 2022-09-13 23:12:59.

Tinggalkan komentar