Resepi Souffle Pancake Sedap & Simple

Japanese souffle pancake adalah sejenis hidangan jepun yang enak dimakan ketika sarapan pagi atau minum petang. Tapi di Malaysia ni, anytime je boleh makan. Tak ada spesifik waktu. 

Asal teringin je boleh buat sendiri. Kalau beli diluar katanya mahal juga harganya. Tak tahu lah berapa harganya sebab tak pernah lagi atau saya je yang tak tahu kat mana. 

Disebabkan bahan-bahan sikit dan mudah nak buat, saya pun cubalah buat untuk sarapan pagi. Ikut je resepi pancake fluffy mudah ni.

Bahan Souffle Pancake Resepi

  • 2 biji telur gred A (diasingkan telur putih dan kuning)
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 4 sudu besar gula
  • 3 sudu besar susu segar/ sejat
  • Sedikit majerin/butter utk disapu pada pan.

Cara Penyediaan Resepi Fluffy Pancake

  1. Masukkan telur kuning, esen vanilla, susu segar/sejat dan dipukul sehingga sebati.
  2. Kemudian masukkan tepung dan baking powder, dipukul sehingga sebati. Ketepikan.
  3. Di dalam mangkuk lain masukkan telur putih yang diasingkan tadi (pastikan tiada setitis telur kuning bercampur), dipukul menggunakan whisk sehingga kembang dan masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga gula habis dan telur putih menjadi gebu.
  4. Campurkan adunan tepung tadi bersama telur putih yang dipukul tadi, dan diadun secara kaup balik, supaya adunan kekal gebu dan ringan.
  5. Panaskan pan, oleskan majerin atau butter dan tuangkan adunan menggunakan sudip. Terbalikkan apabila satu bahagian telah masak. Sedia dihidang.

Catatan

  • Boleh dihidangkan bersama coklat yang dicairkan mahupun whipped cream dan juga buah-buahan.

Sedap! Lembut je bila gigit tu. Alhamdulillah menjadi souffle pancake ni. Bolehlah buat lagi.

Ada juga yang tambah jus lemon untuk tambahkan lagi kesedapan dan nyah bau telur tu. 

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba.

Selamat mencuba!

Originally posted 2022-10-19 01:53:00.

Tinggalkan komentar