Resepi Seri Muka Gula Merah Sukatan Cawan

Kuih seri muka ni salah satu kuih yang sedap dimakan masa bulan Ramadhan.

Tapi sekarang ni kalau nak buat kuih ni sendiri untuk buat hidangan sarapan atau minum petang pun best juga.

Belajar buat sendiri, dan boleh makan beramai-ramai dengan keluarga. Nak hulur kat jiran pun tak segan silu.

Jom kita lihat cara buat kuih seri muka gula merah dari beliau ni.

Bahan Resepi Seri Muka Gula Merah Sukatan Cawan

Bahan Lapisan Atas

  • 2 ½ Cawan santan pekat
  • ½ Cawan gula merah
  • ½ Cawan gula pasir
  • ½ Cawan air
  • ½ Cawan tepung gandum
  • 1 Cawan tepung beras
  • 1 Biji telur
  • ½ Sudu teh garam

Bahan Lapisan Bawah

  • 2 Cawan beras pulut
  • 2 Cawan santan cair
  • ½ Sudu teh garam

Suka makan Seri Muka?, anda juga boleh cuba Resepi Seri Muka Pandan Sedap, Mudah Guna Sukatan Cawan


Cara Penyediaan Seri Muka Gula Merah Sukatan

Cara Membuat Lapisan Bawah Seri Muka Gula Merah Sukatan

  1. Basuh beras pulut dan rendamkan selama beberapa jam sebelum dimasak.
  2. Masukkan bahan Lapisan Bawah ke dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
  3. Lapikkan plastik ke dalam loyang bulat ataupun empat segi.
  4. Tekan pulut yang sudah dimasak tadi supaya mampat dan cantik.

Cara Membuat Lapisan Atas Seri Muka Gula Merah Sukatan

  1. Masak gula merah dan gula putih bersama ½ cawan air sehingga gula larut. Kemudian tapiskan untuk membuang bendasing yang terdapat dalam gula merah.
  2. Campurkan tepung gandum, tepung beras, telur dan garam dalam satu bekas. Gaul dan kemudian masukkan gula yang ditapis tadi bersama santan pekat. Kacau hingga semuanya sebati.
  3. Masukkan di dalam kuali tidak lekat dan panaskan sekadar suam-suam kuku. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi. Kukus selama 30 minit.
  4. Sejukkan dahulu  dan kemudian baru dipotong. Sedia untuk dihidangkan.

Catatan

  • Bagi yang tak nak masak gula merah, boleh gunakan Syrup Brand Nutrifes atau dikenali sebagai Melaka sugar. Kalau gunakan ni, tak perlu lagi masukkan gula pasir. Hanya gunakan ¾ cawan Syrup Nutrifes, 1 cawan santan pekat dan 1 cawan air.

Hmm sedapnya kuih resepi seri muka viral gula merah ni. Memang cara membuatnya panjang dan kalau salah step, boleh buatkan kuih kita tak menjadi.

Tapi kalau ikut betul bahan dan caranya, kuih boleh jadi sangat sedap, lembut, cukup rasa lemak santan, dan lapisan atas bawah kuih melekat cantik.

Sedap dimakan dan dihidangkan buat keluarga dan tetamu.

Bagi yang nak mencuba tu, bolehlah simpan resepi ni atau share kan di laman facebook masing-masing.

Senang nanti nak cari semula. Bolehlah membuatnya masa bulan Ramadhan nanti.

Semoga resepi ni bermanfaat. Selamat mencuba!

Originally posted 2022-09-04 17:07:55.

Tinggalkan komentar