Resepi Seri Muka Durian Sukatan Cawan, Sedap!

Resepi Kuih Seri Muka Durian Yang Sangat Sedap Dan Pasti Menjadi-Haih

Durian antara buah-buahan tempatan yang menjadi kegemaran ramai. Selain dimakan begitu sahaja, raja buah ni juga enak dicampur dalam pelbagai sajian.

Antaranya ialah kuih Seri Muka Durian ni. Nak cuba buat? Jom lihat resepi serimuka durian ni dan bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan Resepi Seri Muka Durian

Bahan Lapisan Baha Pulut Seri Muka Durian

  • 2 Cawan beras pulut – di rendam di dlm air selama 4 jam & toskan
  • 2 Cawan santan
  • 2 Sudu teh garam halus

Bahan Lapisan Atas Durian

  • 1 Cawan isi durian
  • 2 Cawan santan
  • 1 Cawan gula pasir
  • 1/2 Cawan tepung gandum
  • 1/2 Cawan tepung kastad
  • 1 Sudu besar tepung beras
  • 2 Biji telur gred B
  • 1/2 Sudu teh garam halus
  • Pewarna kuning

Suka makan Seri Muka?, anda juga boleh cuba Resepi Seri Muka Pandan Sedap, Mudah Guna Sukatan Cawan


Cara Penyediaan SeriMuka Durian

  1. Lapisan Bawah (Pulut), sapu loyang saiz 10″ dengan minyak dan alas plastik wrap. Satukan beras pulut, santan dan garam. Kacau rata. Kukus selama 30 minit di atas api sederhana.
  2. Setelah pulut masak, gembur-gemburkan. Kemudian ratakan dan tekan pulut hingga padat.
  3. Lapisan Atas (Durian), Satukan semua bahan. Blend hingga halus. Kemudian masak di atas api yang kecil hingga naik wap saja.
  4. Tuang adunan durian ke atas pulut perlahan-lahan. Kukus semula selama 30 minit di atas api sederhana kecil. Balut penutup pengukus dengan tuala untuk elakkan wap air menitik di atas kuih.
  5. Lepas tu, kukus semula 5 minit lagi tanpa penutup supaya permukaannya licin dan kering daripada air.
  6. Sejukkan selama 3-4 jam di dalam peti ais. Keluarkan daripada loyang dan potong dengan pisau plastik yang di sapu dengan sikit minyak untuk dapatkan potongan yang kemas.

Dah masak resepi seri muka durian sukatan cawan ni, sejukkan dahulu baru potong dengan pisau plastik bagi cantik.

Setiap kali potong,lap dengan tisu,sapu minyak sikit dan lap balik.

Baru sambung potong kuih seri muka durian ni, dah siap dah resepi seri muka durian ni.

Selamat mencuba tau.

Originally posted 2022-09-04 03:30:00.

Tinggalkan komentar