Resepi Seri Ayu Cheese Simple & Sedap!

Entry kali ini saya kongsikan resepi kuih traditional apam puteri ayu yang telah dimodenkan iaitu kuih puteri ayu cheese.

Kuih ni juga dikenali dengan nama apam seri ayu.

Resepi ini pernah viral di media sosial sebelum ni. Nampak menarik dan sedap. Jadi saya kongsikan cara membuat kuih puteri ayu cheese ni.

Kuih ni sama seperti kuih puteri traditional cuma kepala atasnya digantikan dengan adunan cream cheese yang lemak berkrim.

Yang pasti resepi yang saya kongsikan ni memang dijamin lembut seharian walaupun disimpan semalaman.

Bahan Resepi Seri Ayu Cheese

Bahan Lapisan Pertama

  • 250gm Krim Keju
  • 2 Sb Tepung Gandum
  • 5 Sb Gula Kastor (boleh kurang@lebihkan)
  • 1 Sb Susu Cair
  • 2 Sb Air
  • 1 Biji Telur

Bahan Lapisan kedua

  • 1 Cawan Gula Kastor
  • 2 Biji Telur
  • 1 sk Ovallet
  • 1 sk Esen Vanila
  • 1/2 Cawan Santan
  • 1/2 Cawan Susu Cair
  • 2 Cawan Tepung Gandum
  • Pewarna Makanan

Cara Penyediaan Seri Ayu Cheese

  1. Untuk bahagian cheese, masukkan ke semua bahan lapisan pertama. Pukul sehingga sebati.
  2. Masukkan adunan ke dalam piping beg.
  3. Sediakan acuan kuih secukupnya. Sapu acuan dengan sedikit minyak.
  4. Pipekan sedikit adunan cheese ke dalam acuan.
  5. Kukus selama 2 minit.
  6. Untuk lapisan kedua, pukul gula kastor dan telur sehingga kembang.
  7. Masukkan ovallet dan pukul lagi sehingga adunan menjadi gebu. (adunan menjadi putih)
  8. Masukkan pula esen vanila, santan dan juga susu cair. Pukul sebentar.
  9. Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak dan pukul sekejap dengan kelajuan rendah. Lebih elok kalau kaup balik tepung.
  10. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letak pewarna pilihan masing-masing.
  11. Masukkan adunan ke dalam piping beg dan pipekan ke atas lapisan cheese yang telah dikukus tadi sehingga penuh.
  12. Kukus lebih kurang 8 minit dengan api sederhana kecil.

Catatan

  • Sapu minyak pada acuan supaya mudah untuk ditanggalkan.
  • Pastikan air kukusan mendidih sebelum mengukus kuih puteri ayu cheese.
  • Untuk mendapatkan kuih yang lembut, tepung tidak perlu dipukul lama dan kuat. Lebih elok jika hanya kuap balik tepung.
  • Gula, telur dan ovallet perlu di pukul sehingga betul-betul gebu.

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Jom share artikel ini jika bermanfaat.

Originally posted 2022-09-05 01:16:44.

Tinggalkan komentar