Resepi Sardin Telur Mudah, Simple dan Sedap!

Kalau tekak rasa nak makan sardin, semestinya kita akan masak sardin sambal tumis bukan?

Kadang-kadang mesti rasa bosan kerana inginkan sedikit kelainan untuk makan ikan sardin sambal tumis ini.

Jangan risau, pernah dengar sardin telur yang viral baru-baru ini? Hidangannya lain sedikit dari yang biasa kita buat tapi rasanya memang sedap.

Kalau makan ikan sardin ini, wajiblah rasanya pedas, masam dan secukup rasa barulah sedap di makan dengan nasi panas-panas.

Bagi yang baru nak belajar masak, resepi ini sangat senang untuk di sediakan.

Resepi sardin telur telah dikongsi oleh @limaunipisofficial di akaun TikTok nya dan mendapat suka sebanyak 242.9k untuk video itu sahja.

Bahan Resepi Sardin Telur Viral

  • 1/2 Biji bawang besar @ 5 ulas bawang merah
  • 2 Ulas bawang putih
  • 6-8 Biji lada kecil, atau lebih (boleh juga guna 2 sudubesar cili kisar atau lebih, ikut kepedasan yg disukai)
  • 1 Tin besar sardin
  • 3-4 Biji telur ayam
  • 1 Biji bawang besar yg dihiris bulat
  • 1 Keping saiz sedang asam keping (atau boleh guna asam jawa)
  • 1 Kiub Pati Ayam (optional klu x nak letak pun x apa)
  • Garam halus secukup rasa
  • Secubit gula
  • Sedikit air

Cara Penyediaan Resepi Sardin Viral

  1. Asingkan sardin dari sos.
  2. Panaskan minyak dan goreng sardin sekejap.
  3. Tutup kuali supaya minyak panas tidak meletup keluar.
  4. Angkat sardin dan ketepikan.
  5. Tumis bahan kisar dalam lebihan minyak tadi sehingga masak dan keluar minyak.
  6. Masukkan kiub ayam dan secubit gula, kacau rata.
  7. Masukkan asam keping.
  8. Kemudian masukkan sos sardin tadi dan masukkan sedikit air agak-agak, taknak terlebih dan taknak terkurang, nanti dia jadi terlalu kering lepas pecahkan telur.
  9. Perisakan dgn garam.
  10. Masukkan bawang hiris dan sardin goreng tadi.
  11. Kacau perlahan bagi rata.
  12. Kemudian pecahkan telur kedalam kuah.
  13. Jarakkan sedikit sewaktu telur dipecahkan supaya tidak melekat. Sederhanakan api dan biarkan telur masak sedikit.
  14. Kemudian bolehlah ditutup apinya, yeay dah siap

Catatan

  • Kalau tak habis boleh buat nasi goreng. Caranya panaskan sedikit minyak masak, masukkan dan hancurkan lebihan sambal sardin dgn telur tu dalam kuali kemudian masukkan nasi kacau hingga rata, taddaaa dah jadi nasi goreng sedap.

Yang mana suka makan resepi sardin telur viral boleh cuba salahs atu masakan baru yang saya kongsikan ni. Serious sedap dan mesti ramai yang suka.

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. 

Selamat mencuba ye semua!

Originally posted 2022-09-23 23:33:24.

Tinggalkan komentar