Resepi Sardin Roll Yang Sangat Crunchy Dan Tidak Lemau!

Suka makan Sardin Roll @Sardin Gulung? Ini ada resipi yang mudah untuk anda cuba perkongsian saudari che nom.

Dengan resipi ni, anda boleh buat stok kuih sejukbeku. Bila rasa nak makan, goreng je.

Selamat mencuba! 

Bahan Resepi Sardin Homemade

Bahan Untuk Pastri

  • 2 cawan tepung gandum
  • 70 gram mentega sejuk, potong kiub
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 40 ml air sejuk
  • 1 biji telur, untuk sapu

Bahan Inti Untuk Sardin

  • 1 tin kecil sardin
  • 3 ulas bawang putih, cincang halus
  • 3 biji bawang merah, cincang halus
  • 1 biji kentang, potong dadu
  • 1 biji bawang besar, potong dadu
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 biji cili api, hiris nipis
  • 1 sudu besar mayonis
  • minyak
  • garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan Resepi Sardin Gulung

  1. Gaulkan tepung gandum, garam dan mentega sehingga sebati dan menjadi tekstur seperti serbuk roti. Tidak mengapa jika ada sedikit ketulan-ketulan kecil mentega.
  2. Tuangkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
  3. Balut doh dengan plastik wrap dan masukkan ke dalam peti ais selama 15-30 minit.
  4. Keluarkan doh dan bahagikan kepada 12 bahagian yang sama besar, uli doh kepada bentuk bebola.
  5. Gunakan rolling pin atau kayu penguli dan uli doh sehingga menjadi nipis. Sudukan inti sardin secara memanjang dan gulung pastri. Gamkan bahagian hujung dengan telur dan picit di bahagian hujung supaya tidak terbuka.
  6. Goreng di dalam minyak yang panas, di atas api sederhana sehingga kekuningan.

Suka makan Sardin?, anda juga boleh cuba Resepi Sandwich Sardin Viral dan Sedap, Wajib Cuba!

Cara Penyedian Untuk Inti Sardin

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar, cili padi dan kacau sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan sardin bersama kuahnya sekali, kacau seketika diikuti kentang. Masak sehingga kentang empuk dan kuah menjadi sedikit kering.
  3. Masukkan pula bawang besar, garam dan gula dan kacau sebati. Angkat dan sejukkan.
  4. Hancurkan isi sardin dan gaul bersama mayonis.

Puas hati bila tengok hasil menjadi elok je, kalau macam ni buat banyak-banyak pun tak apa, boleh frozenkan nanti. Goreng untuk sarapan pagi dan minum petang nanti pasti syok.

Untuk frozenkan sardin roll ini mudah sahaja, tak perlu digoreng.

Tapi kalau nak goreng separuh masak pun boleh juga, cuma ini cara lebih mudah dan cepat, susun sardin roll diatas tray dan bakar sekejap dalam 10 minit didalam oven mengikut suhu oven masing-masing.

Nak buat sardin roll ni sangat mudah, cuma perlukan kerajinan sedikit untuk mencanai doh.

Hasil dari penggunaan resepi sardin roll ini pasti akan berpuas hati dengan rasa inti yang sedap dan kulit yang ranggup!

Originally posted 2022-09-21 03:52:14.

Tinggalkan komentar