Resepi Sardin Masak Kicap Sedap dan Simple, Sila Cuba!

Disebabkan teringin nak makan ikan masak kicap pedas, makanya Marina masaklah menu ni.

Ceritanya kawan Marina ada masak ikan masak kicap pedas ni,  sampai teringat-ingat kesedapannya.

Nak cari kat kedai makan memang susah nak dapat masakan kicap pedas ni. So kita trylah masak sendiri.

Alhamdulillah jadilah resepi ikan sardin masak kicap versi Marina

Resepi ni dah lama masak sebenarnya, baru nak up kat sini. Hihi. Dulu tak aktif berblog, sekarang dah aktif kita up entri di Facebook ke blog plak.

Marina masak kuah kicap pedas ni yang tak pekat. Ada yang suka letak sos cili, kicap pekat.

Bahan Resepi Sardin Masak Kicap Sedap

  • 1 Tin besar sardin cap Ayam Brand (sebab brand sardin ni bersih, tidak diragui dan lebih sedap)
  • Secubit asam jawa
  • Kicap lemak manis cap kipas udang (brand ni pun antara paling sedap rasanya)
  • 2 Biji bawang besar dihiris halus (kalau suka mkn bawang boleh letak banyak sikit)
  • 3 Biji bawang putih dihiris halus
  • 2 Biji lada besar (boleh tambah jika suka pedas)
  • 1 Biji cili padi

Cara Penyediaan Sardin Masak Kicap

  1. Panaskan minyak
  2. Keluarkan ikan sardin dari dalam tin dan goreng sampai sedikit garing. Sos sardin di dalam tin tersebut biarkan dulu dalam tin
  3. Setelah semua ikan sardin digoreng, keluarkan dari kuali dan letak didalam pinggan
  4. Guna minyak lain untuk tumis bawang merah, bawang putih, lada besar dan cili padi
  5. Setelah naik bau, masukkan sos sardin yang di dalam tin tadi.
  6. Kemudian masukkan kicap sehingga kuah sos tadi berwarna kehitaman.
  7. Rendamkan secubit asam jawa dengan air dalam 1/3 cawan kecil dan masukkan air asam jawa tanpa bijinya ke dalam kuali tadi
  8. Masukkan ikan sardin yang telah digoreng tadi ke dalam kuali agar sebati dengan sos/kuahnya
  9. Biarkan ia mendidih dalam 10 minit sebelum siap untuk dihidangkan.

Ni antara resepi ikan yang paling simple yang boleh korang cuba selain resepi ikan rebus goreng je kan?

Hajat nak makan ikan sardin masak kicap pedas termakbul juga.

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba.

Selamat Mencuba.

Originally posted 2022-09-23 00:18:00.

Tinggalkan komentar