Resepi Sardin Kentang Simple dan Sedap

Kalau sebut je sardin, terus terfikir sardin sambal atau masak berlada. Jarang dengar masak gulai kari.

Paling tidak pun orang buat sardin masak cili api. Apa kata kali ni cuba resepi kari sardin campur kentang pula yang pasti buatkan anda makan nasi bertambah-tambah.

Tengok kuahnya yang pekat confirm terliur. Mulalah bila makan tengah hari tu, nampak kuahnya lebih je dah plan siap-siap nak buat cicah dengan roti pula untuk minum petang.

Silap-silap rajin pula nak goreng roti canai segera untuk buat cicah roti canai pula.

Resepi sardin kari ni dikongsikan oleh Nurul Ateekah. Sebenarnya terpulang pada anda nak masak kuah pekat atau cair.

Tapi bila dimasak pekat ni lagi sedap bila digaulkan dengan nasi mahupun buat cicah roti. Terasa aroma sardin dan karinya tu. Jom lihat cara memasaknya.

Bahan Sardin Kentang

  1. 1 Tin sardin (saiz besar,425g,brand Botam)
  2. 1 Biji bawang besar*
  3. 3 Ulas bawang putih*
  4. 1 Inci halia*
  5. 10-12 Biji cili api (hijau+merah)*
  6. Bahan bertanda* dikisar kasar tanpa air/ditumbuk
  7. 2 Sudu besar sos cili
  8. 1 Sudu kecil serbuk secukup rasa (Maggie)
  9. 1 Sudu kecil garam halus
  10. 1/2 Sudu makan pes asam jawa (Adabi)
  11. 1/4 Cawan air biasa
  12. 1 Senduk kecil minyak masak
  13. 2 Biji kentang (potong wedges)

Cara Penyediaan Sardin Kentang

  1. Ikan sardin dengan sosnya di asingkan
  2. Kemudian gorengkan sekejap bagi sedikit garing, api perlahan je ye, Ketepikan dalam minyak yang sama gorengkan pula kentang, Sampai masak, ketepikan juga.
  3. Kisar kasar bahan bertanda *
  4. Kemudian tumiskan bahan tersebut di dalam minyak lebihan menggoreng tadi.
  5. Tumis sampai pecah minyak
  6. Letakkan sos sardin yang telah di asingkan tadi
  7. kemudian masukkan sos cili, kacau sekejap, Masukkan air, kacau lagi.
  8. Kemudian masukkan secukup rasa, garam dan pes asam jawa, kacau sampai lagi sekejap.
  9. Kemudian masukkan kentang dan sardin yang telah di goreng tadi
  10. Gaul perlahan & tutup api siap. (Boleh tambahkan tomato akhir skli jika suka)

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web Resipikejayaan.

Carian Berkaitan

Originally posted 2022-09-23 00:04:00.

Tinggalkan komentar