Resepi Sardin ala Thai Sedap Simple

Masakan yang sangat mudah untuk disediakan tapi cukup membangkitkan selera.

Selalu buat sambal biasa tapi kali ni kita buat versi sambal thai pula.

Bahan Resepi Sardin Sedap ala Thai

  • 1 Tin Ayam Brand ™ Sardin dalam Minyak Zaitun Extra Virgin, simpan minyak zaitun
  • 2 Ulas bawang putih, dihiris
  • 2 Merah cili padi, dihiris
  • 3 Tangkai daun basil Thai segar
  • 1 Biji terung, dipotong 2 inci
  • 100ml Air
  • Sos ikan dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
  • 1 Sudu tepung jagung dicampur dengan air sudu 3 (optional)

Cara Penyediaan Resepi Sardin Simple

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng terung sehingga coklat keemasan. Toskan terung di atas tisu untuk buang minyak berlebihan
  2. Dalam kuali lain, panaskan minyak zaitun dari tin dan goreng bawang putih dn cili sehingga naik bau.
  3. Seterusnya, masukkan terung, basil dan sardin serta air. Biarkan selama 3 minit. Masukkan sos ikan dan gula secukup rasa, masukkan sedikit tepung jagung untuk kuah yang pekat
  4. Hidangkan dengan nasi panas.

Ingin mencuba lagi resepi masakan sardin lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba.

Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Jom share artikel ini jika bermanfaat.

Originally posted 2022-09-22 01:55:37.

Tinggalkan komentar