Resepi Sandwich Telur Viral dan Sedap

Dikongsi lebih 20 ribu kali di FB, ternyata resipi sandwic telur perkongsian saudari NaNie ni memang sangat praktikal dan sesuai digunakan untuk jualan.

Hanya menggunakan tiga bahan, anda boleh hasilkan sandwich yang sedap dan enak.

Lebih istimewa, sukatan yang diberikan memang cukup untuk 2 bungkus roti sandwich yang besar tu. Jadi bolehlah agak kan? Jom cuba.

Bahan Resepi Sandwich Viral

  • 3 Biji telur rebus
  • 1 Sudu besar mayonis
  • ½ Sudu kecil mustard
  • 1 Cubit lada hitam / sulah
  • 1 Keping keju
  • 2 Keping roti
  • 1 Cubit garam
  • 2 Cubit gula

Cara Penyediaan Sandwich Telur Resepi

  1. Mula hancurkan telur rebus dengan penapis. Lagi halus lagi bagus. Saya gunakan yang tak berapa halus sebab malas nak tenyeh. Hehe! Buat putih telur dulu.
  2. Tekan telur sampai hancur dan melepasi penapis ni. Kalau malas, gunakan “food processor”. Dia akan lumat jadi pes.
  3. Kalau pakai penapis, dia jadi macam ni. Kasar-kasar sikit. Ikutlah kalian suka macam mana.
  4. Lepas putih telur dah siap, buat pula telur kuning. Kenapa buat asing-asing? Supaya banyak sikit gambar saya boleh letak. Haha! Kalau kau orang nak buat sekali harung, boleh je.
  5. Ini hasil telur yang telah “ditapis”.
  6. OK, masukkan mayonis, mustard, garam, gula dan lada hitam atau lada sulah. Mayonis jangan banyak sangat, nanti basah. Gaul rata, dan ketepikan.
  7. Sapukan mentega pada roti. Eh tadi senarai bahan-bahan lupa nak masukkan mentega. Marjerin pun boleh juga.
  8. Letak telur yang disediakan tadi, dan padatkan. Tadi saya pesan jangan letak mayonis banyak sangat, kan? Kalau banyak sangat, dia tak boleh padat macam ni.
  9. Letak kepingan keju atas dia. Nak tabur keju yang di sagat pun boleh.
  10. Tadaaa! Potong kulit dia. Kemudian potong sandwic jadi kiub-kiub kecil. Mudah anak nak makan. Kalau orang dewasa, sekali ngap je kiub tu.

Selain daripada resepi sandwich telur sedap ini, terdapat beberapa lagi resepi yang pastinya anda boleh cuba.

Jangan lupa juga ya untuk kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan dan kenalan anda!

Originally posted 2022-09-16 09:29:00.

Tinggalkan komentar