Resepi Sandwich Sardin Viral dan Sedap, Wajib Cuba!

Sandwich sentiasa menjadi pilihan untuk sarapan pagi. Diantara sandwich yang sentiasa menjadi pilihan adalah sandwich sardin dan sandwich telur.

Menu ini sangat mudah untuk disediakan. Sesuai juga dijadikan sebagai hidangan kepada tetamu dalam apa-apa majlis sekalipun.

Nak tahu cara mudah, cepat dan sedap untuk membuat sandwich sardin? Wanita ini kongsi resepi lengkap, ikuti perkongsian oleh Lia Yob Ibrahim di bawah.

Bahan Resepi Sandwich Sardin

  • Cili kisar
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Satu tin sardin kecil
  • Serbuk pati ayam
  • Sekeping cheddar cheese
  • Sebiji telur
  • Gula dan garam
  • Lada hitam
  • Sedikit kicap
  • Mayonis

Cara Penyediaan Sandwich Sardin Resepi

  1. Tumis cili kisar bersama dengan bawang merah dan bawang putih
  2. Bila dah garing, masukkan sardin dalam tin.
  3. Selepas itu masukkan sesudu kecil serbuk pati ayam, gula, garam, lada hitam dan sedikit kicap
  4. Campurkan sekeping cheddar cheese
  5. Masukkan sebiji telur untuk menambah kekenyangan perut. Jangan kacau hingga terlalu hancur.
  6. Campurkan mayonis untuk rasa berlemak sikit
  7. Dah siap, sejukkan dahulu sebelum disapu pada roti.
  8. Boleh hiaskan roti sandwich bersama dengan salad, timun dan tomato.

Selain resepi sandwich sardin viral ini, terdapat banyak lagi resepi lain yang menarik buat rujukan anda.

Dijemput untuk melihat kesemuanya dan jangan lupa untuk LIKE dan SHARE ya!

Originally posted 2022-09-16 09:31:00.

Tinggalkan komentar