Resepi Sambal Terung Pipit Ikan Bilis, Simple!

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi sambal belacan ikan bilis masak dengan terung pipit yang sesuai dijadikan hidangan utama.

Sambal belacan ikan bilis masak dengan terung pipit ini mempunyai rasa sedap yang tersendiri.

Bagi anda yang biasa dengan sambal belacan, resepi ini juga adalah sama seperti resepi sambal belacan yang biasa kita guna.

Hanya perbezaan nya ialah penggunaan terung pipit yang memberi satu kelainan dalam rasanya.

Bahan-bahannya simple je. Ada rasa pedas, masam-masam dan manis sedikit.

Biasanya kalau masak sambal belacan ni lagi sedap rasa pedas-pedas masam dan rasa manisnya pula tak perlu berlebihan.

Kalau nak naikkan lagi rasanya, boleh masukkan sikit serbuk perasa seperti rencah Maggi cukup rasa atau ajinomoto. Ikut selera anda.

Resepi Sambal Terung Pipit Ikan Bilis

Sebelum masakkan sambal belacan, goreng garing dulu ikan bilis.

Kemudian ketepikan. Ikan bilis ni nanti akan dimasukkan di hujung-hujung masakkan.

Bahan Sambal Terung Pipit Ikan Bilis

  • Belacan
  • Ikan bilis (siap digoreng)
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Cili padi hijau 15 biji (ikut tahap pedas anda mahukan)
  • Air asam jawa – jika suka
  • Sedikit ajinomoto
  • Gula – secukup rasa
  • Terung pipit (boleh letak berapa banyak anda suka)

Cara Penyediaan Sambal Terung Pipit Ikan Bilis

  1. Mula-mula masukkan bawang merah dan bawang putih dalam lesung batu dan tumbuk sehingga lumat.
  2. Kemudian masukkan cili padi hijau dan tumbuk lagi.
  3. Dan masukkan pula belacan. Tumbuk juga sampai hancur dan sebati.
  4. Kemudian masukkan air asam jawa sedikit je dalam bahan yang ditumbuk ni dan gaulkan sebati.
  5. Gunakan minyak goreng ikan bilis tadi dan panaskannya. Setelah minyak panas, masukkan bahan tumbuk tadi. Tumis sehingga garing.
  6. Kemudian masukkan air asam jawa yang lebih tadi, dan juga terung pipit. Biarkan masak dengan api yang sederhana.
  7. Perasakan dengan garam dan ajinomoto.
  8. Boleh masukkan air sikit untuk elakkan hangit dan masak sampai pecah minyak.
  9. Setelah dah masak dan pecah minyak, masukkan ikan bilis yang dah digoreng tadi dan gaul sekata.
  10. Sedia untuk dihidangkan.

Buah terung pipit adalah sejenis ulam yang popular bagi masyarakat kampung Buahnya boleh dimakan sebagai ulam mentah atau direbus atau dicelur terlebih dahulu.

Dari sudut perubatan pula jus atau air rebusan buahnya digunakan untuk merawat demam, selesema dan masalah pencernaan.

Akar terung pipit pula digunakan untuk mengubati masalah tumit atau kulit kaki pecah.

Begitu banyak khasiat terung pipit, jadi anda harus mencuba resepi ini,selamat mencuba!

Originally posted 2022-08-27 01:49:00.

Tinggalkan komentar