[Sedap] Resepi Salad Telur Untuk Diet Mudah & Simple!

Seorang pengguna laman sosial Facebook, Nora Azni berkongsikan resepi diet yang diamalkan olehnya dan suami beliau.

Walaupun baru mula diet, berat beliau sudah turun hampir 6 kg dan suaminya pula sebanyak 10 kg. 

Resepi salad telur rebus ini di antara menu yang sering dimakan oleh beliau dan suami amalkan. Semoga bermanfaat!

Bahan Resepi Salad Telur

Bahan Untuk Telur

  1. 4 Biji telur rebus 
  2. 1 Batang timun 
  3. 3 Biji tomato 
  4. 1 Pokok salad hijau

Bahan Untuk Sos

  1. ½ Cawan sos tomato 
  2. ½ Cawan sos cili 
  3. 1 Sudu makan minyak jagung 
  4. 1 Biji limau kesturi (Diambil perahannya)

Cara Penyediaan Resepi Salad Telur

  1. Kupas kulit telur rebus dan hiris kasar. 
  2. Hiriskan timun dan tomato kemudian bersihkan salad. 
  3. Bagi membuat sos, bancuh semua bahan sos. 
  4. Susunkan bahan untuk telur di atas pinggan dan tuangkan sos yang dibancuh tadi. 
  5. Sedia dihidangkan.

Selain resepi salad Telur, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. 

Selamat Mencuba!

Originally posted 2022-10-04 05:09:00.

Tinggalkan komentar