[Mudah] Resepi Salad Kentang Sedap & Simple, Jom Cuba!

Resepi Salad Kentang yang menyelerakan ini sememangnya mudah untuk disediakan.

Sesuai juga untuk sarapan pagi dan juga hidangan ringkas waktu malam.

Dan bagi korang yang sibuk  mengejar masa dalam kehidupan seharian ni.

Tapi korang nak makanan yang sihat dan senang untuk disediakan. Supaya tidak banyak masa yang dibazirkan korang boleh cuba resepi ni.

Bahan Resepi Salad Kentang Sedap

  • 2 Biji kentang (direbus dan dipotong dadu)
  • 1 Biji telur (direbus)
  • Mayonis
  • Daun sup
  • Serbuk lada hitam berperasa
  • Mix herb

Cara Penyediaan Resepi Salad Kentang

  • Ubi kentang dan telur direbus sehingga empuk kemudian tuskan.
  • Setelah itu, kupas dan lecek telur tersebut di dalam bekas.
  • Tambahkan mayonis, kemudian masukkan ubi kentang yang telah dipotong dadu.
  • Masukkan serbuk lada hitam secukup rasa dan gaul sebati.
  • Tabur hirisan daun sup.

Selain resepi salad kentang, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. 

Selamat Mencuba!

Originally posted 2022-10-03 22:42:00.

Tinggalkan komentar