[Simple] Resepi Salad Buah Sedap Untuk Diet!

Resipi salad buah ini merupakan snek paling mudah yang boleh cuba dibuat. Lagi sedap jika dimakan sejuk, rasa segar je!

Ia merupakan campuran buah-buahan yang digaul dengan 3 sos ringkas. Gabungan aneka buaha-buahan menarikkan lagi rasa keenakan hidangan ini.

Lengkap dengan rasa lemak, manis, masam, semua ada! Jom cuba buat nanti dengan menggunakan resipi perkongsian oleh azie kitchen di bawah.

Bahan Resepi Salad Buah

  • Epal 1 biji
  • Lai 1 biji
  • Pir 1 biji
  • Oren 1 biji (Dan boleh apa sahaja buah anda gemari)
  • Susu cair ½ tin
  • Yogurt 1 botol (130 gram)
  • 5 Sudu besar mayonis

Sukatan bahan tambahan ni bergantung pada berapa banyak buah yang dimasukkan. Jangan letak terlampau banyak sebab nanti rasa buah akan kurang segar dan lebih berair

Cara Penyediaan Resepi Fruit Salad

  1. Potong dadu semua buah-buahan.
  2. Masukkan ke dalam mangkuk.
  3. Masukkan susu cair, yogurt dan mayonis. Gaulkan sehingga mesra.
  4. Lepas tu masukkan dalam bekas bertutup dan masukkan dalam peti ais.
  5. Makan waktu dah sejuk.

Memang betul-betul sedap bila makan segar lepas je keluar dari peti sejuk. Salad buah ni sebenarnya ikut citarasa sendiri.

Mengikut resepi ni, campuran buah-buahannya sepadan sangat sebab ada rasa buah yang manis dan masam.

Selain salad buah resepi ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai.

Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Selamat Mencuba!

Originally posted 2022-10-03 01:56:00.

Tinggalkan komentar