Resepi Rendang Ikan Berkuah Simple Sedap Marvelous!

Kalau sebut rendang je, kita sinonim dengan rendang ayam dan daging. Paling tidak pun sesekali cuba rendang kambing, atau rendang kerang.

Jarang-jarang sekali masak rendang ikan. Sebenarnya sedap juga buat resepi rendang ikan berkuah pekat dan berlemak ni.

Lagi sedap bila dimasak pedas-pedas. Bila makan kuahnya digaul dengan nasi, terasa sedap dengan manis lemak dan aromanya.

Rendang ni memang masakan tradisi yang tak dapat ditinggalkan. Buatlah masak dengan apa pun, tetap kena dengan citarasa.

Perkongsian resepi rendang ikan berkuah kali ni dari Kak Ros. Resepinya ringkas je sebab tak menggunakan bahan yang banyak, malah tiada penggunaan pelbagai rempah.

Bahan Resepi Rendang Ikan Berkuah

  • Ikan (goreng dulu dengan kunyit)
  • 3 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 3 sudu cili kisar
  • 1 batang serai
  • 1 biji bawang besar
  • Santan
  • Gula
  • Garam
  • Daun kunyit
  • Air asam

Cara Penyediaan Rendang Ikan Berkuah

  1. Mula-mula cuci bersih ikan. Dan lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam sedikit.
  2. Gorengkannya dengan minyak berbetul-betul panas sehingga separa garing. Angkat dan ketepikan. Keluarkan minyak goreng ikan tadi dan tinggalkan sikit untuk menumis.
  3. Masukkan bawang merah dan bawang putih yang dihiris. Tumis sehingga keperangan dan naik baunya. Masukkan serai yang dah dititik.
  4. Kemudian masukkan cili kisar sudu. Rasa pedasnya sedang elok je. Namun kalau nak kurang atau lebih pedas boleh adjust kuantitinya. Dan kalau ikan banyak, boleh masukkan lebih. Tumis cili sehingga garing dan pecah minyak.
  5. Seterusnya masukkan air asam jawa
  6. Kemudian masukkan sedikit gula perang untuk seimbang rasa. Dan juga nak bagi warna lebih cantik.
  7. Tuangkan santan sedikit. Tapi kalau anda suka pekat boleh masukkan lebih. Ikut tahap pekat anda suka. Kemudian masukkan sedikit air.
  8. Bila dah mendidih masukkan ikan yang dah digoreng tadi.
  9. Nak kan bau aroma rendang lebih wangi. Masukkan daun kunyit yang dicarikkan.
  10. Kemudian perasakan dengan gula dan garam. Dan masukkan bawang merah. Biarkan kuah mendidih.

Catatan

Kalau nak kan rasa yang lebih sedap, ikan tu sebelum dimasak rendang, mesti lah digorengnya dulu separa garing.

Tujuannya juga untuk mengelakkan ikan tersebut cepat hancur bila dimasak. Hasilnya juga sedap bila dimasak dan ramuan akan meresap masuk ke dalam isi ikan tersebut.

Cukup simple tapi kalau makan dengan nasi putih panas-panas bikin bertambah nasi dibuatnya.

Selain nasi putih rendang ikan ni juga boleh makan dengan ketupat nasi atau rendang. Ianya mengikut citarasa masing-masing.

Kalau anda suka kan kuah lebih pekat dan sedikit kering, boleh renehkan lama sedikit baru padamkan api.

Sebenarnya kalau masak lagi lama, kuahnya lagi pekat dan berasa. Lagi sedap nak makan dengan nasi dan pulut nanti.

Resepi masak rendang berkuah ni sangat simple. Anda boleh try dirumah nanti.

Originally posted 2022-08-27 23:13:28.

Tinggalkan komentar