Resepi Potato Wedges Sedap & Simple, Anak-anak Suka!

Resepi Cheesy wedges sememangnya menjadi kegemaran ramai. Lebih-lebih lagi jika dibanjiri cheese, memang menjilat jari.

Sebenarnya anda boleh sahaja buat sendiri cheesy wedges di rumah. Tak perlu lagi beli di kedai. Hanya ikut resepi cheezy wedges ini, pasti menjadi.

Bahan Cheesy Wedges Resepi

Bahan Resepi Wedges Kentang

  • Kentang,
  • Garam,
  • Pati ayam,
  • Tepung gandum,
  • Serbuk lada hitam,

Bahan Sos Cheesy

  • 3-4 Sudu makan butter,
  • 250 ml susu cair (boleh juga guna susu segar),
  • 1 Sudu makan tepung gandum,
  • Suku kiub pati ayam,
  • 6 Keping chesse,
  • Sedikit serbuk lada hitam dan lada putih,
  • Pewarna kuning.

Suka makan Kue?, anda juga boleh cuba Resepi Mazola Sukatan Cawan Sedap & Simple


Cara Penyediaan Potato Wedges Resepi

  1. Rendam kentang dalam air panas selama 2 minit. Potong kentang berbentuk wedges seperti potongan kentang KFC.
  2. Rebuskan kentang di dalam periuk. Sila campur garam dan pati ayam secukup rasa. Rebus sehingga empuk.
  3. Keluarkan kentang dari rebusan. Untuk memastikan kentang sudah boleh dikeluarkan, gunakan garfu dan cucuk pada kentang.
  4. Kalau suku garfu sudah masuk dalam kentang, maknanya sudah boleh dikeluarkan. Tapi pastikan jangan terlalu lama supaya kentang tidak lembik.
  5. Angkat dan toskan kentang yang telah direbus tadi. Biarkan sejuk seketika. Kemudian, salutkan kentang dengan tepung gandum dan lada hitam (gaulkan bersama).
  6. Panaskan minyak dalam kuali. Minyak mestilah boleh menenggelamkan kentang-kentang itu nanti.
  7. Goreng wedges tadi dalam kuali sehingga warna agak keperangan dan angkat.
  8. Sementara itu, buatkan sos cheesy pula. Panaskan butter hingga cair, masukkan susu, tepung gandum, dan kacau sentiasa sehingga tepung sebati.
  9. Masukkan pula kepingan chesse, kiub pati ayam dan serbuk lada. Boleh masukkan sedikit pewarna jika anda mahu. Kacau sebati hingga masak.
  10. Hidangkan potato wedges tadi dengan sos cheesy bersama dengan mayonais. Siap.

Mudahnya cara buat wedges kentang ala KFC ini. Memang jimat dan berbaloi untuk anda cuba sendiri di rumah.

Mudah dan murah. Semestinya lazat! Tak rugi mencubanya. Tentu anak-anak suka, bukan?

Selain resepi kentang wedges, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai.

Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Originally posted 2022-09-07 00:54:46.

Tinggalkan komentar