Resepi Potato Salad Simple & Mudah, Anak Anak Suka!

Kalau diet anda memerlukan hidangan yang sihat, cubalah Potato Salad! Potato salad ini memang sangat berkhasiat untuk dibawa sebagai bekal.

Kalau nak extra special, boleh serve hidangan ini sejuk-sejuk dan sesuai untuk side dish western plater or bbq.

Resepi Salad Kentang yang menyelerakan ini sememangnya mudah untuk disediakan.

Sesuai juga untuk sarapan pagi dan juga hidangan ringkas waktu malam.

Bahan Potato Salad Resepi

  • Kentang US 1kg.
  • Bawang holland 1/2 labu kecil.
  • Sosej 4 batang.
  • Daun Bawang 5 ke 6 helai.
  • Mayonis (Kewpie warna hijau).
  • Lada Hitam.
  • Garam 1.5 sudu kecil.
  • Gula dalam 1.5 ke 2 sudu besar.
  • Limau nipis 1/2 biji kecil.

Suka makan potato?, anda juga boleh cuba Resepi Potato Wedges Sedap & Simple, Anak-anak Suka!


Cara Penyediaan Potato Salad Resepi

  1. Basuh kentang bersih-bersih. Jangan buang kulit, gosok dengan span atau jala khas.
  2. Potong dadu besar dan rebus, air paras kentang je, letak garam skit.
  3. Rebus sekejap jangan empuk sangat. Tos dalam penapis tak perlu bilas. Jangan sampai kulit kentang terkeluar.
  4. Bawang Holland potong dadu kecil-kecil.
  5. Potong sosej seperti dadu dan goreng bagi garing. Tos dan lapik dengan tisu untuk hilangkan minyak.
  6. Hiris nipis daun bawang.
  7. Perah jus limau nipis.
  8. Tumbuk kasar lada hitam dalam satu sudu besar.
  9. Gaul mayonis dengan garam gula lada hitam dan jus limau nipis
  10. Masukkan bawang Holland,sosej dan daun bawang lepastu masukkan kentang dan gaul sekata semua dan adjust rasa kemudian simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam.
  11. Sedia untuk di makan.

Please la cuba resipi ni, rasa dia sukar digambarkan! Walaupun bahan-bahan dia nampak macam tak serius, tapi rasa dia memang complete.

Yang penting dia sedap gila sebab ada rasa tangy sensation from the lemon juice.

Resipi yang aku featurekan kat blog ni semua simple (jimat bahan), menjimatkan wang dan menjimatkan masa. Ahaks, berjimat cermat kan amalan yang mulia. Selamat mencuba!

Originally posted 2022-09-08 07:48:00.

Tinggalkan komentar