Resepi Potato Fritters Mudah & Simple

Sebenarnya dah lama ita nak mencuba Potato Fritters yang telah menjadi viral dan bualan suri rumah tangga.

Oleh kerana penyediaannya yang cukup mudah, ramuan yang di gunakan pun tidak sukar di cari.

Bahan dan cara nak buatnya pun senang je. Memandangkan semua bahan-bahan dah ada kat rumah, jadi hari ni kita belajar buat potato fritters pulak ok jom simak maklumat berikut ni.

Bahan Resepi Potato Fritters

  • 3 Biji ubi kentang dikopek kulit – disagat halus
  • 4 Sudu besar tepung jagung
  • 3 Sudu besar tepung gandum
  • 1 Biji telur gred AA
  • Daun bawang
  • Serbuk lada sulah
  • Bahan perasa
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara Penyediaan Potato Fritters

  1. Satukan ubi kentang yang telah dsagat bersama tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, serta bahan perasa. Gaulkan hingga sebati.
  2. Bentukkan seperti cucur udang atau mengikut citarasa masing-masing.
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng hingga kuning keemasan.
  4. Angkat dan toskan. Siap untuk dihidang bersama sos cili dan sebagainya.

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba.

Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Jom share artikel ini jika bermanfaat.

Originally posted 2022-09-07 21:13:02.

Tinggalkan komentar