[Sedap] Resepi Popiah Vietnam Simple, Jom Cuba!

Popia Vietnam memang sedap. Intinya terdiri dari isi udang, sayur-sayuran serta herba segar yang digulung dengan ‘rice paper’ dan dinikmati bersama sos.

Memang layan! Teringin nak rasa? Resipi di bawah ini pastinya boleh anda cuba.

Bahan Resepi Popia Vietnam

Berikut adalah cara membuat popia Vietnam yang sangat mudah.

Bahan Untuk Buat Popia

  • Kulit popia Vietnam / rice paper (Boleh dibeli di pasar raya Tesco, Giant, dll)
  • Udang
  • Isi ketam
  • Sawi Jepun / salad / apa-apa sayur kegemaran
  • Lobak merah
  • Bihun / Soo hoon yang telah dilembutkan (Saya tak pakai)
  • Bijan

Bahan Untuk Sos Popia

  • Sedikit cili sos biasa
  • 1 Sudu besar jus oren (Saya guna Sunquick)
  • 3 Titik minyak bijan
  • Sedikit air panas
  • 1 Sudu kecil bijan yang telah disangai
  • Daun ketumbar dihiris halus

Cara Penyediaan Resepi Popia Vietnam

  1. Selepas semua bahan dah disediakan, rebus udang dan isi ketam dalam periuk hingga masak, Letakkan sedikit garam dan toskan.
  2. Seterusnya celurkan sayuran sekejap. Bagi yang lebih suka nak makan fresh, tak celur pun tak apa asalkan guna sayuran yang sesuai dimakan terus.
  3. Kalau nak sediakan kulit popia ni senang saja. Mula-mula, masukkkan air masak ke dalam dulang.
  4. Celupkan kulit popia tadi ke dalam dulang tadi, kemudian angkat dan bentangkan dalam pinggan leper / dulang.
  5. Bubuh isi agak-agak banyak mana yang boleh digulung dan gulungkan segera seperti kuih dadar / popia biasa.
  6. Akhir sekali, sediakan sos untuk dicicah bersama popia (Caranya mudah. Ambil semua bahan yang disenaraikan di atas dan kacaukan hingga sebati)
  7. Sediakan pinggan untuk sosnya dan dah boleh dihidangkan bersama popia Vietnam.
  8. Dah Siap!

Memang mudah cara membuat popia Vietnam ini. Rasanya cukup segar apabila dinikmati dengan sos.

Siapa yang sebelum ini tak suka sayur pun mesti akan suka juga makan popia ini.

Ia juga merupakan pilihan hidangan yang amat sihat bagi anda yang ingin berdiet.

Kalau nak tukar-tukar selera, boleh ubah intinya ikut citarasa anda.

Selain resepi Resepi Popiah Vietnam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. 

Selamat Mencuba!

Originally posted 2022-10-02 22:45:00.

Tinggalkan komentar