[Mudah] Resepi Popia Sayur Simple dan Sedap, Jom Cuba!

Popia merupakan hidangan ringan yang sangat enak dinikmati tak mengira waktu.

Selalunya ia menjadi hidangan pilihan ketika minum petang dan ia juga dijual di gerai-gerai kecil.

Makin lama, orang ramai makin kreatif dan menghasilkan pelbagai jenis popia. Namun yang ringkas masih lagi menjadi pilihan.

Resepi popia sayur kali ini amat mudah. Dibawakan daripada laman Facebook yang dikongsikan oleh Zur Ain Salim.

Lengkap dengan sos pencicah popia. Sos juga boleh dimakan sebagai pencicah keropok lekor. Untuk popia, terpulang kuantiti ingin banyak mana.

Bahan Resepi Popia Sayur

  • Kulit popia bersaiz kecil
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • Seketul dada ayam (dipotong dadu kecil)
  • 1/4 biji kubis (dipotong memanjang)
  • 1/2 biji lobak merah
  • Dua genggam taugeh
  • 1/2 kiub pati ayam
  • Garam
  • Gula
  • Sedikit minyak

Cara Penyediaan Resepi Popiah Sayur

  1. Panaskan kuali dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan ayam dan kacau sehingga ayam berubah warna.
  3. Boleh masukkan semua sayur. Masukkan taugeh paling last selepas gas ditutup untuk dapatkan tekstur yang lebih ranggup.
  4. Masukkan kiub pati ayam.
  5. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Sejukkan seketika dan boleh gulungkan sayur-sayuran yang dimasak tadi dalam kulit popia. Letakkan sayur yang digoreng daam penapis untuk keluarkan air dari saur itu. Ini supaya popia itu kekal rangup selepas digoreng.

Resepi popia sayur ini mudah sahaja, kan? Bahan-bahannya juga sangat mudah untuk didapati di mana-mana tempat jadi anda perlu mencubanya.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.

Jom Baca Resepi Popia Lain :

Originally posted 2022-10-02 01:24:00.

Tinggalkan komentar