Resepi Popia Sardin Mudah & Sedap, Wajib Cuba!

Popia sardin merupakan hidangan yang minuman petang yang mudah untuk disediakan. Ianya turut dijual di gerai kecil-kecil.

Enak untuk dinikmati, terdapat pelbagai resepi yang boleh anda cuba untuk menyediakannya.

Bagi anda yang ingin mencuba untuk menyediakan popia sardin homemade, anda boleh ikuti resepi yang telah dikongsikan oleh Ana Suzana.

Semestinya lebih mudah dan ringkas untuk diikuti.

Bahan Popia Sardin Sedap

  • 1/2 Bawang besar
  • 4 Biji Bawang putih
  • 2cm Halia (sebesar ibu jari)
  • 1 Tin Sardin
  • Kulit popia
  • Sebiji telur
  • Sedikit garam

Cara Penyediaan Popia Sardin Simple

  1. Blend halia, bawang besar dan bawang putih
  2. Tumis bahan blend tersebut
  3. Masukkan sardin semua sekali, kacau dan sambil hancurkan ikan sardin. Letak sedikit garam. Tak perlu masukkan air
  4. Sejukkan dahulu sardin. Tak perlu simpan dalam peti ais
  5. Gunakan sebiji telur ayam sebagai gam untuk kulit popia tersebut. Atau boleh guna bancuhan tepung gandum
  6. Gulung popia dengan ambil sekeping kulit popia letakkan inti di hujung penjuru. Kemudian lipat. Pastu lipat sisi kiri dan kanan dan gulung. Dekat hujung sapu bancuhan telur untuk lekatkan.
  7. Goreng dan sedia untuk dihidang.

Jika mempunyai waktu yang terluang bersama keluarga, anda bolehlah sama-sama menyediakan popia sardin di rumah.

Bila dicuba, sudah tentu seluruh keluarga anda akan menggemarinya.

Selamat mencuba resepi ini dan jangan lupa untuk kongsikan kepada kawan-kawan anda.

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba.

Jom share artikel ini jika bermanfaat.

Originally posted 2022-09-23 00:09:00.

Tinggalkan komentar