Resepi Popia Carbonara Prego Simple, Sedap dan Wajib Cuba!

Popia merupakan antara makanan yang sangat digemari oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Dengan popia ini pelbagai aneka makanan yang boleh kita sediakan.

Nak buat popia pusing, popia berinti sayur atau pun popia carbonara pun boleh.

Makanan seperti ini sangat sesuai dihidangkan pada bila-bila masa. Sama ada pagi, petang atau pun malam.

Nak lebih kenyang dan sedap, mungkin anda boleh cuba buat popia carbonara ini. Caranya sangatlah mudah.

Hanya menggunakan sos carbonara berjenama Prego dan beberapa lagi bahan lama. Bila masak nanti, anda boleh rasai sendiri kesedapannya.

Bahan Resepi Popia Carbonara Prego

  • Butter atau marjerin sedikit
  • Sos carbonara prego 1 tin (atau brand lain pun okay)
  • Sosej 6 batang dipotong dadu
  • Isi ayam atau daging dicincang
  • Bawang holland ½ biji
  • Bawang putih 3 ulas
  • Lobak merah ½ batang
  • Cheese 3 keping
  • Tepung gandum 2 sudu besar (dibancuh dengan air)
  • Susu segar sedikit (atau pun susu tepung full cream Nespray/Everyday 2 sudu besar)
  • Serbuk lada hitam/serbuk lada putih sedikit
  • Oregano kering/Parsley kering
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara Penyediaan Resepi Popia Carbonara Cheese

  1. Mula-mula kisarkan dulu bawang holland, bawang putih dan lobak merah. Tujuannya nak pekatkan kuah nanti.
  2. Panaskan marjerin, dan masukkan sosej yang dipotong dadu dan juga daging/ayam cincang tadi. Biarkan masak sekejap.
  3. Lepas tu masukkan bahan yang dikisar dan masakkan sampai mendidih.
  4. Kemudian masuk bancuhan tepung gandum, susu segar/susu serbuk dan juga sos carbonara. Kacau sebati.
  5. Masukkan garam, perasa dan juga serbuk lada hitam serta lada putih.
  6. Masukkan juga cheese.
  7. Masakkan sehingga kuah jadi pekat.
  8. Dan akhir sekali masukkan oregano/parsley.
  9. Dah siap boleh padamkan api. Tunggu sejuk dahulu, baru masukkan dalam kulit popia.
  10. Lepas dah sejuk, letakkan inti atas kulit popia. Kemudian balutkan kemas-kemas.
  11. Sapukan sikit hujung kulit popia dengan sedikit bancuhan tepung gandum dengan air untuk dijadikan gam.
  12. Lepas tu goreng dalam minyak yang betul-betul panas. Jangan gunakan api yang besar.
  13. Dah garing dan warna keperangan, boleh angkat dan toskan.
  14. Sedia untuk dijamah.

Makan waktu masih lagi dalam keadaan sangat rangup dan panas memang sedap. Popia carbonara ni tak perlu cicah dengan apa-apa sos lagi macam popia lain.

Sebab inti popia tu sendiri dah ada rasa dia. Ditambah lagi pula ada cheese leleh. Berganda-ganda rasa kesedapannya.

Rugi kalau tak buat resepi popia carbonara viral ni. Antara hidangan popia yang paling sedap anda wajib cuba. Semoga bermanfaat!

Originally posted 2022-09-30 23:59:00.

Tinggalkan komentar