Resepi Pop Corn Coklat yang Mudah dan Sedap

Kali ni saya nak buat popcorn masin tapi bersalut coklat. Rasa sedikit masin tu memang sedap bila digabungkan dengan rasa manis coklat. 

Ok kat bawah ni saya kongsikan resepinya. Resepi ni sangat senang. Lepas ni tak payah nak beli popcorn mahal-mahal lagi dah. Boleh buat sendiri je kat rumah.

Bahan Resepi Pop Corn Coklat

  • 1/2 Cawan bertih jagung
  • 5-6 Sudu minyak
  • 1 Sudu teh garam
  • 200gram coklat
  • 1/2 Cawan kacang pecan (bakar/goreng sehingga garing)

Suka makan Pop Corn?, anda juga boleh cuba Pop Corn Caramel Resepi Mudah dan Sedap!


Cara Penyediaan Pop Corn Coklat

  1. Panaskan minyak di dalam kuali besar. Masukkan bertih jagung. (gunakan api kecil)
  2. Masukkan garam dan kacau sedikit untuk pastikan semua jagung terkena minyak.
  3. Tutup kuali. Tunggu sehingga bertih jagung meletup sehingga habis bunyi “pop”.
  4. Masukkan popcorn ke dalam bekas besar dan taburkan kacang. Ketepikan.
  5. Cairkan coklat secara double boiler.
  6. Masukkan kesemua coklat yang telah cair ke dalam popcorn tadi dan gaul sehingga rata.
  7. Ratakan popcorn di atas dulang besar. Masukkan sebentar ke dalam peti ais supaya coklat keras.

Siapa yang tidak suka makan popcorn? Popcorn bukan sahaja disukai oleh kanak-kanak kecil, orang dewasa juga suka makan snek yang satu ini sebagai snek.

Terdapat banyak variasi perisa popcorn dan salah satunya ialah popcorn cokelat.

Resipi dan cara membuat popcorn coklat tidak sukar. Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengikuti resipi di atas. Semoga berjaya!!

Originally posted 2022-09-03 02:26:06.

Tinggalkan komentar