[Mudah] Resepi Perapan Satay Sedap & Juicy

Sate ialah menu makanan Nusantara yang juga terkenal di negara-negara Asia Tenggara.

Sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa/buluh dan dibakar menggunakan api arang.

Terdapat pelbagai macam jenis sate seperti : sate arnab, sate hati, sate pedal, sate perut, sate ikan, sate lembu dan sate ayam.

Sate biasanya dimakan bersama ketupat nasi atau nasi himpit.

Pada resepi kali ini kami akan mengongsikan Resepi Perapan Satay yang sangat lazat.

Resepi ini dikongsikan oleh NazLynn Ismail di Facebook dan telah mendapat perkongsian ramai. Sila cuba resepi ini.

Bahan Resepi Satay Ayam

Untuk bahan nak buat satay ayam ni kita bezakan menjadi 2 hal, yang pertama untuk bahan ayamnya, dan yang kedua untuk bahan sambal kacang, paham ye.

Bahan Untuk Satay Ayam

  • 3 Kg dada ayam (dipotong dadu sedang-sedang jangan kecik sangat)
  • 25 Sudu gula pasir
  • 2 Sudu garam
  • Lidi sate

Bahan Lain untuk di Sangai

  • 2 Sudu jintan putih
  • 3 Sudu jintan manis
  • 8 Sudu ketumbar

Sangai bahan diatas didalam kuali jangan sampai hangus agak-agak dah naik bau matikan api.

Bahan Untuk di Kisar

  • 4 Ulas bawang kecik
  • 8 Ulas bawang putih
  • 3 Batang serai
  • Halia
  • Kunyit hidup (kalau tak ada pakai kunyit serbuk)
  • Lengkuas
  • Bahan yang disangai
  • Sir secukupnya

Bahan Untuk Sambal Kacang

  • 2 Cawan kacang tanah (digoreng dan dikisar dengan 4 cawan air)
  • 1 Batang serai (dititik atau diketuk)
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • 3 Sudu besar sos cili
  • 3 Sudu sos tiram

Bahan Kisar Untuk buat Sambal Kacang

  • 3 Sudu besar lada kering
  • 3 Sudu besar ketumbar
  • 2 Sudu besar jintan manis
  • 2 Ulas bawang putih
  • 2 Ulas bawang kecik
  • 2 Ulas bawang besar
  • Lengkuas

Cara Penyediaan Bahan Perapan

Cara penyediaan resepi perap satay ini dibezakan menjadi 2, mula mula kita buat parapan dulu, lanjut buat sambal kacang, paham ye ? Jom mulakan!

Cara Buat Perap Satay

  1. Kisar semua bahan kisar termasuklah bahan yang disangai tadi. Kisar sampai halus atau hancur.
  2. Sediakan bekas letak dada ayam yang dah dipotong masukan garam, gula dan bahan yang telah dikisar.
  3. Gaul sampai rata dan sebati. Kemudian tutup dengan wrap. Masukkan di dalam peti sejuk bawah dalam 2 jam untuk rasanya lebih meresap sebati.
  4. Selepas 2 jam keluar dari peti ais dan boleh mula mencucuk . 1 lidi sate sis letak 3 pcs dada ayam.. lepastu masukan dalam plastik simpan di peti ais atas sejuk beku untuk tahan lama.
  5. Selesai cucuk lebihan perapan boleh campur dalam kuah kacang baru rasa sedap
  6. Sebelum bakar keluarkan dulu dalam 3 jam kalau malas nak bakar boleh je goreng sedap jugak
  7. Sate dah siap

Cara Buat Sambal Kacang

  1. Kisar ke semua bahan kisar sehingga hancur.
  2. Kemudian, panaskan minyak di dalam kuali
  3. Minyak dan panas, masukkan serai dan bahan yang dikisar. Tumis sehingga pecah minyak. Letak garam, gula n serbuk perasa
  4. Kemudian masukan kacang yang dikisar. Biarkan sambal kacang kita mendidih (kalau kurang air tambah air)
  5. Masukan sos cili, sos tiram dan air asam jawa, Kecilkan api. Biarkan sambal kacang mendidih lagi
  6. Kemudian rasa, Rasa dah ok.
  7. Siap la sambal kacang kita

Catatan

  • Nak bagi sambal kacang sedap, Rempah bahan perap sate yg lebih tu sis letak sikit ke dalam sambal kacang, Rasa dia lg terangkat
  • Rendam dalam air selama 4 jam atau lebih untuk elak lidi sate terbakar semasa dibakar

Bila dah tahu macam mana nak buat sate yang sedap dan juicy ni, senang lah nak buat selalu.

Ada yang gunakan resepi ni untuk buat jualan juga tau. InsyaAllah bila dah buat, ramai yang suka.

Tapi kalau kita nak makan sikit-sikit je, dekat rumah tak ramai orang dan sekadar nak makan hilangkan rasa teringin je, sebaiknya beli untuk lebih jimat masa.

Selain resepi Satay Ayam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai.

Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Originally posted 2022-09-13 04:16:00.

Tinggalkan komentar