Resepi Pancake Korea Sedap & Simple

Peminat drama Korea pasti tahu menu Pancake Korea atau lebih dikenali sebagai Pajeon ini.

Teksturnya seolah-olah macam lempeng tapi lempeng versi Korea. Bahan-bahan yang digunakan juga bahan asas yang biasa ada di dapur.

Resipi asal di Korea menggunakan daun bawang sebagai salah satu bahannya.

Namun boleh digantikan dengan daun kucai supaya lebih sesuai dengan citarasa dan tekak orang Malaysia. Rasanya juga akan menjadi lebih wangi dan sedap.

Jom lihat cara membuat Pancake Korea di bawah yang merupakan hasil perkongsian oleh che nom. Selamat mencuba!

Bahan Resepi Pancake Korea

Bahan Adunan

  • 1 cawan penuh tepung gandum
  • 2 sudu penuh tepung jagung
  • 1 cawan air kosong
  • Sedikit garam dan gula
  • 1/2 sudu soda bikarbonat
  • Cili merah
  • Lobak merah
  • Kucai (kerat agak pendek tapi di Korea mereka tak kerat)
  • Udang (dicincang)
  • Sekeping keju (dicarik-carik)
  • Telur sebutir (dipukul)

Bahan Sos

  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 4 sudu air kosong
  • 3 sudu kicap
  • 1/2 sudu serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu minyak bijan
  • 1 sudu cuka
  • 2 tangkai cili kering (dihiris halus)
  • 1/2 sudu gula
  • 1/2 bijan

Notes: Campurkan semua bahan sampai sebati. Siap


Cara Penyediaan Pancake Korea

  1. Satukan tepung gandum, tepung jagung, air, gula, keju dan garam. Bahagi adunan kepada dua bahagian. 1 bahagian lebih, satu lagi kurangkan
  2. Masukkan kucai ke dalam bekas adunan yang lebih. Gaul rata.
  3. Panaskan kuali, tuang adunan kucai bagi rata dan nipis. Api sentiasa perlahan.
  4. Dalam dua minit, tabur hirisan lobak merah. Kemudian, selepas dua minit lagi, tuang pula 3 sudu adunan yang kurang tadi di seluruh permukaan.
  5. Tambahkan udang dan tuang telur. Tabur hirisan cili merah dan sedikit lagi hirisan kucai. Tutup kuali.
  6. Boleh terbalikkan apabila bahagian bawah sudah masak dan garing. Tunggu sebelah lagi masak dengan cantik, boleh tutup api.
  7. Angkat, potongkan dan hidang bersama sos kicap yang dibuat tadi

Mudah je kan ? Dengan resepi yang dikongsikan ini, anda mesti yakin bahan memasak yang digunakan untuk menghasilkan pajeon ini semuanya halal.

Semoga resepi korean pancake ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Jom Baca Resipi Masakan Lain :

Originally posted 2022-10-23 01:39:00.

Tinggalkan komentar