Resepi Pancake Gebu Mudah & Sedap Sangat!

Sesekali dah bosan bersarapan dengan roti dan nasi lemak, bolehlah cuba buat pancake gebu hasil perkongsian azie kitchen ini.

Mesti wangi je satu rumah bila kita masak pancake, kan? Macam lalu di kedai waffle tu.

Sebenarnya simple saja nak membuatnya. Pancake ini memang sangat lembut walaupun bila dah sejuk nanti.

Makan begitu saja pun dah sedap, kalau sapu dengan Nutella lagi terangkat!

Anak-anak jangan ceritalah, memang suka sangat. Jom tengok perkongsian resepi pancake gebu ini selengkapnya di bawah.

Bahan Resepi Pancake Mudah

  • 2 Cawan tepung gandum
  • 4 Sudu Besar Mentega
  • 2 Sudu Besar Jus Lemon
  • 4 Sudu Besar Gula Kastor
  • 3 Sudu Teh Baking Powder
  • 2 Biji Telur
  • 1 Sudu Kecik Garam
  • 1 1/2 Cawan Susu Full Cream Dutchlady

Jom Baca : 10 Kedai Bahan Kek Kuala Lumpur Paling Lengkap & Murah


Cara Penyediaan Resepi Pancake Gebu

  1. Cairkan mentega.
  2. Campur susu dan jus lemon, biarkan selama 5 minit.
  3. Campur sekali susu, jus lemon, telur dan mentega yang di carikan.
  4. Dalam Mangkuk berasingan, adunkan bahan kering iaitu tepung, garam, baking powder dan gula.
  5. Kemudian tuang adunan basah kedalam mangkuk yang berisi bahan kering dia dalam langkah 4. Dan kacau hingga sebati.
  6. Panaskan nonstick pan yang digriskan dengan sedikit minyak sayur, tuang 1/4 adunan keatas kuali dan masak sehingga buih timbul di permukaan.
  7. Masak sehingga keperangan di kedua2 belah bahagian.

Mudah saja, bukan? Bahan-bahan pun tak susah nak cari.

Dengan perkongsian resepi Pancake Gebu ini, mudah-mudahan lebih ramai yang dapat membuatnya sendiri di rumah.

Mana tahu, mungkin ada yang dapat jana pendapatan tambahan sekaligus. Selamat mencuba!


Maklumat Resipi Lain :

Originally posted 2022-10-20 01:00:00.

Tinggalkan komentar