Resepi Overnight Oat Untuk Diet, Simple!

Langkah paling penting dalam gaya hidup sihat semestinya pemakanan kita.

Antara makanan sihat dan murah yang anda wajib amalkan dalam diet anda ialah oats kerana ia mempunyai kandungan serat yang tinggi. 

Oats juga murah dan mudah untuk didapati. Antara resepi ringkas yang anda boleh hasilkan ialah overnight oats.

Resepi tidak perlu dimasak. Malah, perlu disimpan di dalam peti sejuk sahaja!

Jika anda mahu, anda juga boleh menambah topping seperti mentega kacang, granola dan banyak lagi. Jom cuba?

Bahan Overnight Oat Resepi

  • Rolled oats
  • Natural yogurt perisa asli
  • Low fat fresh milk
  • Chia seed
  • Pure Honey
  • Buah Strawberry
  • Buah Epal Hijau
  • Kismis
  • Bekas jar

Jom Baca : Resepi Oat Cookies Mudah dan Sedap!


Cara Penyediaan Resepi Overnight Oat untuk Diet

  1. Basuh plastik jar dulu. Bilas dengan air panas sekali lalu. Kemudian toskan sekejap.
  2. Masukkan rolled oat sehingga separuh balang.
  3. Kemudian masukkan susu low fat sehingga paras oat. Pastikan rolled oat terendam.
  4. Seterusnya, masukkan satu sudu kecil chia seed untuk setiap balang. Bila kita makan chia seed ni, kita kena banyakkan minum air masak tau. Sebab chia seed ni panas. Bagus untuk yang diet.
  5. Kemudian, masukkan satu sudu besar yogurt perisa asli. Memang akan masam, tapi jangan risau sebab rasa dia akan blend dengan buah dan bahan lain.
  6. Masukkan kismis ke dalam balang. Anggaran dalam satu sudu kecil. Tapi jika suka, boleh letakkan banyak.
  7. Seterusnya, masukkan buah-buahan yang kita potong kecil. Selain strawberry dan apple hijau, boleh juga gunakan dragon fruit, anggur, blueberry, pisang dan pear. Elakkan buah yang berair.
  8. Akhir sekali, masukkan satu sudu besar madu. Gunakan madu original ianya lebih sedap.
  9. Tutup dan simpan dalam peti untuk dimakan keesokan harinya.

Tak perlu kacau tau. Bila nak makan nanti barulah kacau kesemua bahan dalam balang kita tu.

Biarkan dia sejuk dalam keadaan tersusun sebegitu. Sedap betul bila dimakan ketika sejuk.

Untuk 1 balang jar ni, adalah untuk seharian punya portion tau. Bukan untuk sekali makan.

Jadi boleh lah kita bahagikan sikit untuk makan pagi, lunch, petang dan dinner. Sebab sesuap dua sudu pun boleh buat kita kenyang.

Mana kan tidak, isi dalamnya rolled oat, susu, yogurt, buah lagi. Semuanya lengkap!

Tapi, jika ada yang suka kan kekacang, boleh juga masukkan ke dalam balang jar tersebut.

Untuk yang nak diet, boleh cuba buat makan overnight oat ni jika nak berat turun dengan cepat.

Ramai yang dah buat dan alhamdulillah berjaya! Selamat mencuba.

Originally posted 2022-09-12 02:55:00.

Tinggalkan komentar