Resepi Oat Cookies Mudah dan Sedap!

Tidak dinafikan lagi, biskut oat adalah salah satu jenis biskut yang amat digemari oleh hampir kesemua golongan usia.

Selain rasanya yang enak, ia juga terkenal dengan khasiatnya sehingga digelar biskut diet atau biskut ‘sihat’.

Kalau dilihatkan harganya di pasaraya pun, boleh tahan mahal juga.

Oleh itu, kami amat berbesar hati kerana Puan Rarra Sakura berkongsikan 2 buah resepi biskut oat beliau yang nampak sungguh menyelerakan!

Malah, siap dengan tutorial yang menerangkan setiap langkah dengan terperinci.

Bahan Resepi Oat Cookies

  • Mentega 250g
  • Kuning telur satu biji
  • Esen vanilla 1 sudu kecil
  • Gula castor 1 cawan
  • Badam dan coklat chip satu cawan
  • 2 Mangkuk tepung gandum
  • 50g oat

Cara Penyediaan Oat Cookies

  1. Masukkan 2 mangkuk tepung gandum, mentega 250g, gula, chip coklat, kuning telur, bijirin oat, kacang badam, estral vanila.
  2. Uli semua bahan sehingga sebati.
  3. Susun dalam dulang pembakar, (jangan susun terlalu rapat)
  4. Bentukkan adunan menggunakan garfu. Seterusnya, tabur oat.
  5. Bakar pada suhu 180c selama 20 minit
  6. Akhir sekali, tabur serbuk koko di atas biskut.

Menarik bukan? Selepas ini bolehlah buat sendiri biskut oat menggunakan resepi ini.

Kalau buat sendiri, tentulah lebih berbaloi kerana kita boleh ikut selera anak-anak yang selalunya suka memilih makanan.

Dengan perkongsian ini, diharapkan ibu-ibu dapat mempelbagaikan hidangan biskut yang kurang manis, lebih sihat dan berkhasiat untuk seisi keluarga. Selamat mencuba!

Originally posted 2022-09-12 02:34:54.

Tinggalkan komentar