Resepi Mushroom Soup Macam Kat Pizza Hut, Sedap!

Pernah tak bila makan mushroom soup kat pizza hut rasa macam teruja sebab sedap sangat sup tu kat tekak.

Mula terfikir macam mana nak buat mushroom soup macam tu? Dapat cicah dengan garlic bread, memang bertambah berselera dibuatnya.

Ini bukan mushroom soup biasa tau. Ini yang creamy, berlemak dan berwarna putih tu.

Makan panas-panas waktu minum petang atau supper memang layan.

Yang paling bestnya bila buat versi homemade ni ialah boleh buat ikut selera nak lebih kurang part mana.

Resepi cream mushroom soup ni dikongsikan oleh azie kitchen.

Nampak sangat berselera bila tengok bahan-bahan yang digunakan. Tambahan lagi, step untuk penyediaannya mudah untuk difahami dan diikuti.

Kalau anda nak gantikan cendawan dengan bahan lain pun tak apa mengikut citarasa anda.

Mungkin teringin nak buat perasa lain kan, contohnya carrot, asparagus, brokoli, kentang, ayam dan sebagainya.

Bahan Mushroom Soup

  • 300ml air
  • 500ml susu segar
  • 1 Kiub ayam
  • 1/2 Sudu teh daun parsley
  • 1/2 Sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 Sudu teh garam
  • 1/2 Cawan tepung gandum
  • 1/2 Sudu besar mentega
  • 1 Tin cendawan butang (potong hiris/cincang)

Cara Penyedian Mushroom Soup

  1. Tuang air dan susu ke dalam periuk. Biar mendidih. Masukkan kiub ayam.
  2. Masukkan lada hitam dan cendawan butang. Kacau sebati.
  3. Masukkan daun parsley, mentega dan sedikit garam. Kacau lagi.
  4. Bancuh tepung dengan air. Kemudian tapis dan masukkan ke dalam periuk. Kacau lagi.
  5. Reneh agak lama sedikit sup. Biarkan sehingga sedikit pekat.

Kalau makan cream mushroom soup ni seeloknya makan waktu panas-panas. Lagi nikmat berbanding makan sup berkrim yang dah sejuk.

Kadang-kadang kalau makan yang dah sejuk kita cepat muak.

Jadi, pada sesiapa nak mencuba resepi cream mushroom soup, ikutlah resepi ni. Mudah sangat dan dijamin sedap. Selamat mencuba!

Originally posted 2022-09-21 06:52:32.

Tinggalkan komentar