Resepi Meatball Blackpaper Sedap & Mudah

Bukan sahaja sos cili dan sos tomato, sos black pepper juga sering menjadi pilihan ramai untuk dinikmati bersama meatball, chicken chop dan pelbagai lagi.

Ada yang nak tahu cara buat sos black pepper di rumah?

Kalau ada yang berminat nak buat, jom lihat perkongsian oleh saudara azie kitchen di bawah.

Resipi sos black pepper ini sememangnya setaraf restoran 5 bintang kerana rasanya yang ‘premium’.

Lihat resipi lengkap di bawah. Selamat mencuba!

Bahan Meatball Black pepper

  • 500ml susu segar (susu apa pun boleh)
  • Butter 4-5 sudu
  • 2 sudu tepung gandum
  • Tomato 3biji (dadukan)
  • Bawang besar @ holland 2biji (dadukan)
  • 3-4 sudu lada hitam (ni boleh adjust sendiri )
  • 3 sudu kicap manis (kicap jenama apa pun boleh) 
  • Chicken stock @ kiub daging (optional)

Cara Penyediaan Meatball Blackpaper

  1. Mula-mula panaskan butter. Kemudian masukkan 2-4 sudu tepung gandum. Kacau hingga sebati.
  2. Kemudian, baru masukkan tomato dan bawang yang telah didadukan. kacau hingga sebati.
  3. Kemudiaan masukkan susu.Masukkan 3-4 sudu lada hitam. Kuantiti mengikut citarasa. kalau nak pedas lagi boleh tambah lagi.
  4. Masukkan kicap manis atau apa-apa jenis kicap.
  5. Masukkan sedikit garam, chicken stock/ kiub daging mengikut citarasa.
  6. Kacau hinga sebati dan kemudiannya bolehlah kisar untuk dapatkan tekstur yang lebih halus. tapi kalau tak nak kisar pun boleh.
  7. Dah siap.

Bolehlah rebus meatball untuk dimakan bersama. Bolehlah acah-acah makan meatball ikea.

Ataupun boleh juga kalau nak makn bersama chicken chop. Selain resepi sos balck pepper ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai.

Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Terima kasih.

Originally posted 2022-09-14 02:15:17.

Tinggalkan komentar