Resepi Mazola Sukatan Cawan Sedap & Simple

Biskut mazola boleh jadi pilihan untuk anda yang tengah mencari biskut untuk camilan.

Untuk makan sebagai camilan hari-hari mahupun sebagai camilan hari raya.

Selain makanan berat tentu biskut juga jadi menu wajib ada atas meja.

Sebelum sambut hari raya, ramai orang yang bingung mahu menghidang biskut apa masa raya tersebut. Tapi Jom baca resepi mazola azlina ina perkongsian berikut ini.

Bahan Resepi Mazola Sukatan Cawan

Ok, tak nak lah sambil baca sambil berlinangan air mata kan.

Apa kata kita tengok bahan-bahan yang diperlukan dalam resepi biskut mazola ini dan bagaimana cara penyediaannya.

  • 2 Cawan kacang tanah
  • 2 1/4 Cawan tepung MFM paling halus/ guna tepung gandum + 1 sk baking powder
  • 2 Sb minyak sapi atau butter
  • 1/2 Cawan gula yang telah diblender halus
  • Sedikit garam
  • Sedikit esen vanilla
  • 1/2 Cawan minyak jagung/ mazola (kalau takde guna minyak masak pun boleh)

Cara Penyediaan Biskuit Mazola

  1. Mula-mula sangaikan kacang tanah, buangkan kulit dan kisar sehingga halus.
  2. Kemudian gaul rata semua bahan yang diperlukan termasuk kacang tanah yang sudah di kisar tadi kecuali minyak jagung atau mazola.
  3. Tuangkan minyak jagung atau mazola sedikit demi sedikit sambil uli menjadi doh hingga tidak melekat pada tangan.
  4. Canaikan dan terap ikut acuan kesukaan anda dan susun biskut atas tray yang telah disapu butter.
  5. Sapukan kuning telur dengan sedikit pewarna kuning dibahagian atas.
  6. Kemudian, letakkan almond slice atau kacang sebagai hiasan.
  7. Panaskan oven pada suhu 170C selama 5 minit.
  8. Bakar biskut pada suhu 170C selama 20 minit atau sehingga kekuningan.

Suka makan Biskuit?, anda juga boleh cuba Resepi Coklat Moist Sedap & Simple


Catatan

  • Untuk mendapat serbuk kacang tanah yang halus, goreng tanpa minyak sehingga kacang menjadi rangup dan buang kulit sebelum dikisar halus.
  • Boleh juga hiaskan bahagian atas biskut dengan kacang.

Simple je kan. Kalau tak suka nak banyak kerja, malas nak sangai kacang, buang kulit tu semua.

Anda boleh je beli kacang tanah yang dah siap kisar. Pasti lebih mudah dan lebih express.

Biskut mazola ni ada pelbagai bentuk tapi rasanya tetap sama tau.

Kalau yang asli bulat je, tapi ikutkan kreativiti dan nak nampak cantik boleh je guna acuan berbunga-bunga.

Resepi pun dah ada, kerajinan dan masa je yang akan tentukan samada anda nak cuba atau tak resepi ni.

Benda boleh buat, buat apa nak beli kan. Semoga resepi biskut mazola ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Originally posted 2022-09-06 05:25:21.

Tinggalkan komentar