Resepi Mashed Potato Kfc Sedap & Simple

Mashed potato atau kentang putar merupakan antara makanan yang paling digemari oleh anak-anak.

Mana tidaknya, setiap kali berkunjung ke restoran makanan segera, itulah antara permintaan selain ayam goreng.

Tapi, takkkan lah nak makan di restoran makan segera setiap hari kan?

Sekarang, tidak sukar lagi untuk membuat kentang putar sendiri di rumah kerana caranya sangat mudah dengan adanya perkongsian resipi ini!

Bahan Resepi Mash Potato KFC

Untuk membuat kentang putar ini, kita perlu membuat kentangnya dahulu kemudian barulah sos atau gravy nya yang sedap tu.

Bahan Untuk Kentang

  • 8 Biji kentang
  • 1 Kotak kecil susu segar
  • Sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
  • Serbuk lada hitam (secukup rasa)
  • Lada sulah (secukup rasa)

Bahan Untuk Sos (Gravy)

  • 1 Labu bawang besar (potong dadu)
  • 2 Ulas bawang putih (potong dadu)
  • 4 Sudu butter/ marjerin
  • 2 Sudu tepung gandum @ tepung jagung
  • 2 Kiub ayam
  • Lada hitam dan sulah
  • 2 ½ Cawan air

Suka makan potato?, anda juga boleh cuba Resepi Potato Wedges Sedap & Simple, Anak-anak Suka!


Cara Penyediaan Mashed Potato Kfc Resepi

Cara penyediaan resepi potato mash ini dibezakan menjadi 2, mula mula kita buat Kentang dulu, lanjut buat sos, paham ye ? Jom mulakan!

Cara Masak Kentang

  1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong
  2. Rebus dalam masa lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan api sederhana
  3. Bila kentang sudah empuk, toskan air
  4. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.
  5. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.
  6. Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata.. saya guna hand blender nak senang.. Dapat texture halus.

Dah ada kentang, sekarang jom kita buat sos gravy pula. Tak sabar pula nak cepat siap dan nak makan kentang putar yang awesome ni.

Cara Masak Sos

  1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang menggunakan api yang sederhana. Biarkan dia bertukar warna sedikit perang (warna caramel)
  2. Masukkan tepung gandum/ jagung kacau terus ye sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang suka.
  3. Masukkan air (sikit-sikit smbil kacau) dan kacau sehingga sebati. Tutup api dan masukkan dalam blender, Kisar sampai semua hancur
  4. Masak balik atas api sederhana
  5. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa
  6. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.
  7. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul.

Waah! Mudah je nak buat mashed potato ala KFC ni.

Kalau sesimple ni resepi mashed potato, bolehlah buat jika ada event kecik-kecik macam sambut birthday atau nak makan beramai-ramai di hujung minggu.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Originally posted 2022-09-07 02:36:55.

Tinggalkan komentar